seismik

"Mereka Telah Bergelar Anak Angkat Saya Selama Ni" - Luahan Sedih Dato' Rizalman

"Saya merasa amat-amat terkesan akibat kejadian ini"

Cover image via Instagram @rizalman71

Kami percaya seluruh rakyat Malaysia terkesan dengan tragedi menyayat hati yang berlaku di Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah awal pagi semalam

Turut merasai kehilangan anak-anak syurga tersebut adalah Dato’ Rizalman Ibrahim yang berkongsi luahan hatinya di laman Instagram. Melalui post tersebut, Rizalman memberitahu dia sungguh berasa terkesan dengan kejadian malang tersebut kerana ada di antara mangsa itu adalah merupakan rakan kepada anaknya dan juga anak angkat kepadanya.

Baca luahan hati beliau di bawah:

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on

Saya merasa amat2 terkesan akibat kejadian ini kerana ada di antara mereka telah menjadi sahabat Umar Nail, saya sendiri dan telahpun bergelar anak2 'angkat' saya selama ini kerana selalu sudi memenuhi undangan saya baik di rumah atau di pejabat ketika meraikan apa2 majlis termasuklah majlis sambutan hari jadi saya pada tahun lepas. Kekayaan doa2 mereka yang mereka sampaikan pada Allah pada saya dan keluarga, ketulusan hati mereka, wajah2 suci mereka, pengorbanan zaman remaja menuntut ilmu Allah melalui Al Quran, perasaan hormat mereka ketika mencium tangan saya setiap kali berjumpa dan berpisah terasa dingin syurganya.

instagram.com

Allayarham Yusuf Dqi, salah seorang mangsa (warden) yang terkorban.

Image via Instagram @yusufdqi

Pada ustaz @yusufdqi yang telah berkorban menjaga kebajikan anak2 ini hingga ke akhir hayat beliau saya hanya mampu berdoa. Pada ibu bapa anak2 ini, Allah telah memilih anda sebagai tetamunya di syurga bermula dari sekarang kerana anda adalah yg terpilih mempunyai jiwa yang kental untuk melalui dugaan ini. Saya masih ingat memberi ucapan pada malam majlis harijadi ini dan saya tujukan khas pada anak2 ini yang berbunyi.. ' keindahan malam ini dengan rangkaian tetamu yang hadir berpakaian serba putih sebegini seolah2 seperti kita semua berada di dalam syurga Allah dan begitulah kehendaknya jika di izinkan...' Sempat saya berpelukan dengan pengetuanya tadi.. beliau berbisik..'maafkan saya.. ' airmata kami berjuraian.

instagram.com

Gambar sewaktu kejadian.

Image via Rohana Idris/Facebook

Sanggup saya bina rumah baru kami di kawasan berdekatan madrasah ini supaya anak2 kecil ini boleh bertandang dan bermandi manda di kolam renang di rumah ini nanti.. ternyata Allah telah menyediakan bukan kolam malah kali syurga yang mengalir lebih tenang dan indah buat mereka terlebih dahulu. Bernaunglah kalian pada naungan Arash yang akan merupakan tempat yang disediakan.

Buat Umar anakanda ku, lihatlah kebesaran Allah dan fahami lah apa itu qada dan qadar. Babah masih bisa memiliki mu dan kita semua adalah pinjaman dariNya.

instagram.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi laporan mengenai kejadian di SINI:

Baca kisah pahit getir Rizalman sepanjang bergelar ikon fesyen negara:

You may be interested in: