Lelaki Ini Disiasat Hasilkan Bunga Api Daripada Helaian Al-Quran. Biar Betul?
Al-Quran adalah Firman Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.
Cover image via Harian MetroPelik dan mengejutkan apabila sejumlah bunga api yang diperbuat daripada helaian naskhah kitab suci al-Quran kini dilaporkan dijual di wilayah Bangka Belitung
Perkara tersebut terbongkar selepas ketua **Persatuan Wartawan Indonesia Bangka Belitung, Muhammad Fathurrakhman** memuat naik gambar mercun berkenaan di laman Facebook.
Menurut Fathurrakhman, bunga api tersebut dipercayai dihasilkan di Solo, Indonesia sebelum dijual di wilayah berkenaan
Beliau turut memuat naik beberapa gambar bunga api yang dibalut dengan helaian kertas dipercayai al-Quran dan tindakan tersebut telah mencetuskan kemarahan pengguna laman sosial yang mendesak pihak berkuasa mengesan syarikat yang mengeluarkan bunga api tersebut.
Image via Harian Metro

