Kafe Berkonsep Seni Di Shah Alam Ini Ada Menu ‘Western Food’ Yang Terbaik Dari Ladang!
Pantun dua kerat: Cafe 83 nama diberi, hidangan sedap tidak terperi.
Cover image via SAYSPerniagaan kafe konsep semakin lama semakin berkembang dan semakin mendapat tempat di hati penduduk ibu kota. Lihat saja di sekeliling, kafe-kafe sebegini tumbuh macam cendawan.
Namun begitu, setiap kafe pasti ada keistimewaannya tersendiri.
Kali ini, kami tampilkan sebuah kafe yang diberi nama Cafe 83 di Shah Alam.
Image via SAYS
Image via SAYS
Image via SAYS
Baru beroperasi selama 6 bulan, **Cafe 83** telah mendapat nama dan menjadi bualan orang ramai sejak kebelakangan ini. Barisan artis tempatan seperti **[Drama Band dan Ronnie Hussin](https://www.youtube.com/watch?v=OT-b0FUyI7I)** juga pernah melakukan persembahan akustik di sini pada Julai lalu.
Cafe 83 mempunyai dekorasi menarik dan sangat selesa. Dengan perabut kayu-kayan yang ditempah khas, diadun dengan lukisan seni di dinding menjadikan kafe ini sungguh indah yang pasti memukau setiap mata yang memandang.
Terletak di Seksyen 7 Shah Alam, lokasi Cafe 83 boleh dikatakan sangat strategik di tempat yang tidak begitu sibuk. Ini bermakna, tiada masalah bagi para pelanggan untuk dapatkan parking yang tidak jauh dari kafe.
Konsep yang ditampilkan di Cafe 83 adalah 'Seni kreatif'. Kafe ini menjadikan burung hantu sebagai haiwan rasmi yang melambangkan ketenangan, kecantikan, dan kualiti.
Image via SAYS
Image via SAYS
Setiap sudut Cafe 83 dipenuhi dengan lukisan seni kreatif segar yang begitu menarik perhatian, terutamanya burung hantu yang dilukis dengan begitu teliti. Ia seolah-olah memberi satu nafas kehidupan ke dalam kafe.
Jarang sekali kita lihat kafe yang mempunyai haiwan rasmi seperti di Cafe 83 ini kan? Bukan itu saja, pemilik restoran, pasangan **Rosli Bin Musa** dan **Nor Azilah Binti Mohd Abd Aziz** mempunyai minat mendalam terhadap seni kreatif. Tidak hairanlah kafe ini mempunyai lukisan dinding yang begitu menawan.
Image via SAYS
Selain konsep seni, kafe ini juga memilih nombor 83 sebagai trademark atau branding yang mereka mahu ketengahkan
Image via SAYS
Image via SAYS
Nombor **83** dipilih sempena tahun perkahwinan pemilik restoran ini. Mereka percaya nombor ini mempunyai aura dan tarikannya tersendiri kerana nampak begitu unik.
***Fun fact:*** Cuba baca nombor 83 sambil sengetkan kepala ke kiri. Nampak macam satu *smiley* kan?
Nombor bertuah ini akan dijadikan *branding* untuk Cafe 83. Jadi, kalau ada apa-apa produk selepas ini dengan nombor 83, kemungkinan besar produk itu adalah milik Cafe 83.
Nak lagi gambar? Nah tengok sini:
Cantik kan?
Ok cukup tentang konsep kafe, sekarang kita tengok pada makanan. Menu paling istimewa, paling power, dan paling laris di Cafe 83 adalah Grilled Beef Striploin
Kalau pergi Cafe 83, tak sah kalau orang tak *recommend* menu *bestseller* mereka iaitu **Grilled Beef Striploin**. Daging yang digunakan di sini semuanya *high premium quality standard*. Untuk menu ini, beef striploin yang digunakan adalah diimport khas dari Australia dan New Zealand.
Kualiti dijaga dengan begitu rapi dan ketelitian yang ditunjukkan dalam setiap hidangan juga diberi perhatian. Ini bagi memberi kepuasan maksimum kepada para pelanggan yang berkunjung ke kafe ini. Jadi, orang ramai tak perlu risau lagi tentang soal kualiti hidangan.
Dagingnya sungguh lembut, senang dipotong, mudah dikunyah, dan tak menyakitkan gigi. Di samping kualiti, rasanya juga sangat lazat dan *juicy*. Beef striploin yang dihidang bersama *mashed potato* dan sedikit sayur-sayurran ini sememangnya menghasilkan satu kombinasi terbaik.
Untuk makluman, pemilik Cafe 83 amat menitikberatkan aspek kualiti dalam masakan. Setiap makanan dan minuman yang dihidang kepada pelanggan haruslah menepati ciri-ciri atau *standard* tinggi yang telah ditetapkan.
Cafe 83 juga menghidangkan minuman signature yang diberi nama The 83 dan Banana Oreo Smoothies
Seiring dengan *trend* zaman sekarang, Cafe 83 turut tidak melepaskan peluang menghasilkan *smoothies* yang gempak. **The 83** merupakan minuman dengan kombinasi ***hazelnut*** dan ***caramel*** yang didatangkan dengan biskut pretzel dan coklat *brownie* di atasnya.
Coklat *brownie* itu juga disalutkan dengan *caramel* dan *chocolate moist*. Tak perlulah untuk kami ceritakan mengenai rasa minuman ini. Sambil minum air, sambil makan *brownie*. Terus dapat *dessert* sekali. Memang puas hati sangat.
**Banana Oreo Smoothies** juga tidak kurang hebatnya. Rasanya lazat dan yang paling *best*, minuman ini didatangkan dengan biskut oreo dan siap ada *pop corn*. Rasa macam nak *order* lagi satu untuk bawa balik.
Apa-apa pun, Cafe 83 sememangnya pakar dalam menyajikan hidangan western yang super sedap. Makanannya berkualiti tinggi, lazat, malah portion pun agak besar. Semuanya mesti cuba!
Paling penting, segala makanan dan minuman di Cafe 83 adalah ***Halalan Toyyiban*** 😉
Sebelum singgah ke Cafe 83, pastikan anda datang dengan perut yang kosong ya. Baru boleh enjoy hidangan lazat mereka sampai kenyang.
**Maklumat lanjut boleh layari:**
**Cafe 83 [Facebook](https://www.facebook.com/cafe83shahalam)** dan **[Instagram](https://www.instagram.com/cafe.83/)**.
**Alamat**: No 40, Jalan Plumbum N7/7, Seksyen 7, 40100 Shah Alam, Selangor.
**No telefon**: +603-5879 7729
**Waktu operasi**:
Selasa, Rabu, Khamis, Sabtu, Ahad: 11am – 10pm
Jumaat: 3pm – 11pm
Tutup pada hari Isnin
BONUS: Cafe 83 baru saja memiliki sebuah ruang acara atau event space di D'Vida Bukit Jelutong yang diberi nama Laman 83
Image via Instagram @laman.83
Image via Instagram @laman.83
Image via Instagram @laman.83
Dari majlis pertunangan, majlis pernikahan, majlis bersanding, majlis akikah, dan banyak lagi jenis majlis, **[Laman 83](https://www.instagram.com/laman.83/)** boleh memenuhi segala permintaan.
Kalau siapa-siapa nak kahwin lepas ni, boleh *consider* Laman 83 sebagai *venue* untuk majlis persandingan. Ruang acara ini ada bahagian *indoor* berhawa dingin dua tingkat dengan 3 bilik, dan bahagian *outdoor* yang boleh memuatkan sehingga ratusan tetamu dalam satu masa.
Maklumat lanjut boleh layari **[Instagram Laman.83](https://www.instagram.com/laman.83/)** dan **[Facebook Laman83](https://www.facebook.com/Laman83-459041810947878/)**.
**Alamat**: 2-G-06, D'Vida Business Centre, Jalan Bazar U8/101 Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor.
Teringin nak try Pretzel Pizza pertama di Malaysia?
Jangan lupa untuk dapatkan diskaun lebih 50% melalui **[Foodpanda](http://coupon.says.com/coupons-food-grocery/)** di iprice.
