Pretzel Pizza Pertama Malaysia Di Kafe Ini Terlalu Lazat Sampai Susah Untuk Kami ‘Move On’
Benar, kami tak bohong.
Cover image via Farouq Johari/SAYS"Pretzel Pizza? Apa tu?"
Inilah soalan pertama yang ada dalam fikiran kami sebaik mendengar 'First Pretzel Pizza In Malaysia' yang dihidangkan di kafe Pretz n' Beanz ini.
Kalau 'pretzel' memang kami pernah dengar, tapi 'pretzel pizza' memang kami tak pernah tahu langsung. Jadi, bila kami terima jemputan untuk hadir ke kafe **Pretz n' Beanz** bagi merasai sendiri kelazatannya, kami rasa sangat *excited*.
Image via Pretz n' Beanz/Facebook
Terletak di **Solaris Mont Kiara**, Pretz n 'Beanz menyajikan makanan lazat, pretzel lembut, dan kopi segar sepanjang hari, dalam keseronokan suasana yang bergaya dan selesa.
Image via Pretz n' Beanz/Facebook
Image via Pretz n' Beanz/Facebook
Sama ada anda perlukan permulaan baik pada waktu pagi, makan tengah hari yang *power*, makanan ringan yang lazat, atau sekadar merehatkan diri selepas seharian kerja keras, kafe Pretz n 'Beanz ini ada segalanya.
Jujurnya, agak sukar untuk kita cari hidangan pretzel yang betul-betul berkualiti. Kalau ada pun, mungkin kualitinya tidak begitu baik.
Kualitinya? Usah dipersoal lagi. Pretzel di sini sungguh lembut, halus, rangup, dan sedap. Kami sendiri kagum dengan sentuhan berkualiti yang diterapkan dalam penghasilan pretzel ini.
**Pretz n' Beanz** sememangnya memfokuskan pretzel sebagai menu utama untuk dihidangkan kepada pelanggan. Disebabkan menu ini sukar ditemui di tempat lain, Pretz n' Beanz benar-benar menghasilkan pretzel pada tahap tertinggi yang tiada tandingan.
Bukan saja kualiti, tetapi tekstur pada pretzel ini juga cukup menarik mata memandang. Senang kata, kalau pandang saja tak cukup, mesti kena rasa sendiri. Tekstur cantik ditambah lagi dengan rasa yang lazat, siapa-siapa pun pasti akan terpikat.
Mungkin ada yang tertanya-tanya di mana agaknya untuk dapatkan pretzel di sekitar ibu kota. Kepada yang masih tak tahu, anda mungkin seorang yang bertuah kerana membaca artikel ini.
Itu baru pretzel, belum hidangan lain lagi. Kami juga diberi kesempatan untuk menikmati Pretz n' Stew, iaitu hidangan pretzel yang dimakan dengan masakan stew berasaskan daging atau ayam.
Image via Pretz n' Beanz/Facebook
"Pretzel dimakan dengan masakan *stew*?"
Selalunya, kami hanya makan pretzel dengan sos celup saja seperti *almond*. Hidangan yang agak *rare* ini buat kami lebih *curious* untuk tahu dengan lebih lanjut.
Menu ini merupakan salah satu hidangan *best seller* di Pretz n' Beanz. Jadi kalau anda datang, anda mesti kena *try*! Kalau tak cuba memang rugi besar.
Ternyata, harapan tinggi yang kami letakkan pada hidangan **Green Curry Chicken Stew** ini langsung tidak menghampakan. *Expectation* kami sampai, dan kami rasa inilah *green curry* yang paling sedap pernah kami makan.
Karinya pekat, ketulan ayamnya banyak, rasanya pun sangat lazat. Memang puas untuk dimakan. Dan kalau anda nak tahu, agak sukar untuk kami *move on* dengan kelazatan *green curry* ini.
Moving on kepada menu seterusnya yang diberi nama 'Champignon Baked Egg', iaitu salah satu hidangan all day breakfast yang ditawarkan di Pretz n' Beanz
Dengar nama dah menarik. **Champignon Baked Egg** merupakan hidangan *plain pretzel* yang didatangkan dengan kombinasi masakan telur, cendawan, dan *cheese* yang lemak berkrim dalam satu mangkuk. Rupanya seakan sama dengan Green Curry Chicken Stew di atas.
Image via Pretz n' Beanz/Facebook
Lagi *best*, menu ini dihidang panas dan *fresh* serta hanya akan dimasak bila mendapat pesanan. Jadi pelanggan tak perlu risau kalau makanan ini dihidang sejuk sebab *that's not gonna happen*. Satu lagi menu yang anda mesti cuba!
Sesuai dengan namanya yang ada bunyi ala-ala *'champion'*, kelazatannya pun memang *champion* habis! Cendawannya sungguh segar dan *juicy*, *cheese* yang digunakan juga amat menyelerakan. Kombinasi 3 bahan dalam satu hidangan ini memang hebat.
Dan menu yang paling ditunggu-tunggu semestinya hidangan signature mereka iaitu Pretzel Pizza!
**Pretzel Pizza** di sini didatangkan dengan dua saiz berbeza iaitu 7 inci dan 10 inci. Ia juga didatangkan dengan pelbagai pilihan seperti Chicken Hawaiian, Pepperoni Beef, Double Cheese, Norwegian Delight, dan banyak lagi.
Apa beza Pretzel Pizza dengan pizza biasa?
Image via Farouq Johari/SAYS
Pretzel Pizza di Pretz n' Beanz dihasilkan menggunakan tepung atau *dough* yang sama dengan pretzel biasa. Ini bermakna, bahan yang digunakan adalah berbeza dan tidak sama dengan pizza di kedai lain. Ia lebih lembut dan lebih sihat untuk dimakan.
Image via Farouq Johari/SAYS
Resipi pretzel di sini sangat unik, gebu, tidak berminyak, dan 100% semulajadi tanpa bahan pengawet. Daripada resipi pretzel ini, Pretz n' Beanz mencipta hidangan **Pretzel Pizza pertama di Malaysia** pada Julai 2014. Resipi ini ternyata membawa kejayaan dan memberi lonjakan baru kepada kafe ini.
Satu lagi keunikan yang ada pada kafe Pretz n' Beanz adalah pada logonya. Ia mempunyai maksud tersirat yang sangat mendalam.
Image via pretznbeanz.blogspot.com
*Our logo of a pretzel on the left and a coffee bean on the right, tied together in a heart shape, expresses our love and passion for both pretzel and coffee. In the middle, there is a Chinese character of a "人" (pronounce as "ren", which means human) expresses our love for human race. The color orange radiates warmth and happiness, combining the physical energy and stimulation of red with the cheerfulness of yellow, expresses our LOVE LIFE attitude.*
Kesimpulannya, kesemua makanan yang kami nikmati di Pretz n' Beanz memang sedap-sedap belaka. Kami habiskan semuanya sampai licin!
Green Curry Chicken Stew, Champignon Baked Egg, dan Chicken Hawaiian Pretzel Pizza.
Image via Farouq Johari/SAYS
Rugilah kalau tak habiskan. Tapi yang penting, kami amat mengesyorkan kafe ini sebagai destinasi makan anda selepas ini. Kami pasti anda akan berpuas hati dengan kualiti dan kesedapan dalam setiap hidangan.
Kepada siapa-siapa yang tinggal berdekatan, atau yang selalu buat *cafe hopping*, kafe ini memang wajib untuk anda singgah.
Dan jika ada yang tertanya-tanya, segala hidangan di Pretz n' Beanz dijamin Halal 😉
Untuk makluman, Pretz n' Beanz juga telah membuka cawangan kedua mereka di IPC Shopping Centre (atau Ikano Power Centre) di Mutiara Damansara
Maklumat lanjut mengenai kafe Pretz n' Beanz:
**1. Solaris Mont Kiara**
No. 22, Ground Floor, Jalan Solaris 4,
50480 Kuala Lumpur.
Tel: +603-6204 9733
Email: [email protected]
**2. IPC Shopping Centre**
G23, Ground Floor, IPC Shopping Centre,
No.2, Jalan PJU 7/2 Mutiara Damansara,
47800 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: +603-7732 0175
Email: [email protected]
**Operating Hours**:
Ahad-Khamis: 7.30am – 12am
Jumaat, Sabtu dan cuti umum : 7.30am – 1am
Layari [Facebook](https://www.facebook.com/pretznbeanz/), [Instagram](https://www.instagram.com/pretznbeanz/), [Blogspot](http://pretznbeanz.blogspot.my/) dan laman web kafe Pretz n' Beanz di [pretznbeanz.com](http://pretznbeanz.com/) untuk dapatkan segala *update* terkini.
Image via Pretz n' Beanz/Facebook
Ada banyak lagi kafe dan makanan menarik dalam segmen saysmakan yang boleh buat anda rambang mata!
Jangan lupa untuk dapatkan diskaun lebih 50% dalam **[Food & Grocery](http://coupon.says.com/coupons-food-grocery/)** di iprice.
