seismik

Cakap "Apa Khabar" Pun Dapat Job Dekat Malaysia, Kita Terlalu Hype Orang Luar - Imran Bard

Betul juga apa yang dia cakap tu.

Cover image via @imeranbrad (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, pempengaruh Imran Bard tampil memuat naik sebuah video luahan hati apabila dia melihat adanya perbezaan layanan orang kita terhadap orang luar berbanding layanan mereka terhadap orang kita

Menerusi video berdurasi 2 minit 25 saat itu, Imran berpendapat bahawa cara orang kita melayan orang luar adalah sangat berbeza dengan negara lain, contohnya Korea.

Di Malaysia, orang luar sangat mudah untuk mendapat tawaran atau kerja dengan hanya membuat perkara yang simple, contohnya hanya cakap "apa khabar".

Tetapi, ia tidak berlaku di sana walaupun orang Malaysia viral dengan dialog mereka di seluruh media sosial. 

Orang Korea cakap "apa khabar" je pun dah boleh dapat job dekat Malaysia, tapi dekat sana diaorang lebih suka naikkan orang mereka sendiri

Berbalik kepada konteks sebenar yang Imran maksudkan adalah, Malaysia sepatutnya mengikut contoh negara lain seperti Korea iaitu menaikkan orang kita sendiri dan bukan mengambil orang luar sebagai ambassador atau model di iklan, majalah dan sebagainya.

"Diaorang memang takkan pilih selain orang Korea sebab diaorang nak orang diaorang naik. Which is good. Patutnya kita kena buat macam tu juga. Kita always prioritise orang luar daripada orang kita. Ini kesilapan orang Malaysia. Apa yang orang Korea buat tu betul. 

"Aku viral kat sana doesn't means aku kena ambil kau. Tapi kat Malaysia different. Kita terlalu hype sangat orang luar. Sebab tu sampai nak menjatuhkan orang kita sendiri tu unacceptable la," katanya.

Lihat video penuh di bawah:

Korang setuju tak dengan statement Imran? Cuba komen sikit.

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: