seismik

Lelaki Kahwin Style Geng Tabligh, Tiada Sanding & Orang Luar Tak Boleh Jumpa Si Isteri

Simple betul ni.

Cover image via PP Signature Bridal Boutique & @_workoutforfan_ (X)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular baru-baru ini, apabila seorang lelaki di laman aplikasi X telah berkongsi pengalamannya menyaksikan perkahwinan style geng tabligh

Difahamkan, pengantin lelaki tersebut merupakan abangnya sendiri. Dalam hantarannya itu dia memberitahu beberapa perkara yang dibuat semasa majlis perkahwinan yang baginya mungkin ekstremis buat manusia moden.

Menurutnya, nama pengantin perempuan tidak ditulis dalam kad jemputan. Hanya ada nama abangnya sahaja.

Selain itu, jika selalunya kita melihat pengantin berarak masuk ke dewan dan bersanding di pelamin, geng tabligh tidak mengamalkan adat tersebut. Malah, pengantin perempuan hanya dibenarkan untuk duduk di dalam rumah.

Gambar sekadar hiasan.

Image via PP Signature Bridal Boutique

Orang luar tidak boleh lihat pengantin perempuan, hanya ahli keluarga dibenarkan

"Tak ada siapa boleh masuk dan lihat dia kecuali ahli keluarga. Surprisingly, orang awam jemputan kami faham-faham bahasa sendiri. Ambil gambar pun as kenangan dengan abang aku. Dengan pengantin hanya ahli keluarga saja. Abang aku ke luar layan tetamu," katanya.

Jubah putih pula menjadi pakaian rasmi bagi orang lelaki pada hari pernikahan itu. Majlis dibuat sekali dengan bajet yang paling murah.

"Makan beradab kat dalam rumah which is dengan family je," katanya lagi.

Lihat ciapan penuh di bawah:

Mudah betul cara mereka berkahwin. Yang penting sah dan halal :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: