seismik

Disoal Tentang Zuriat Di Setiap Rumah Semasa Beraya, Wanita Luah - "Hati Ni Sakit Sangat"

Geram betul dengan orang yang sibuk tanya pasal anak ni.

Cover image via @its.eyqalee (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi golongan TTC (trying to conceive), sudah tentu akan serik berhadapan dengan situasi di Hari Raya Aidilfitri kerana soalan utama yang diajukan adalah bila nak mengandung

Seperti mana yang kita tahu, zuriat merupakan rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Setiap pasangan yang berkahwin mempunyai dugaan masing-masing dalam membesarkan anak. Jika belum diberi rezeki menimang cahaya mata, siapa kita untuk menolak takdir.

Namun, lain pula dengan situasi yang dihadapi oleh seorang wanita ini apabila dia pulang beraya ke kampung suaminya yang merupakan duda anak satu.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, dia sering diasak dengan soalan sudah ada anak atau belum. Tetapi, raya kali ini paling sakit buatnya dek kerana terguris dengan kata-kata saudara suaminya itu.

Tak kisah nak tanya tentang anak, tapi tidak perlu bandingkan dengan bekas isteri dulu

Menurut wanita yang bernama Eyqa Lee itu, dia sudah tiga tahun lebih TTC dan pelbagai cara sudah dibuat demi mendapatkan zuriat bersama suaminya.

Apa yang membuatkan dia sangat sedih adalah sewaktu beraya ke tiga buah rumah saudara belah suami di Kelantan, ada saja asakan mengenai zuriat yang dilempar kepadanya.

Malah, Eyqa tidak dapat menahan air mata apabila ada mulut yang membandingkannya dengan bekas isteri suaminya dulu.

"Dia kata sebelum ni laki kahwin dengan bini dulu kejap je dapat anak. Kenapa dengan aku lambat? Kenapa hang nak kena bandingkan aku dengan bekas bini dia?

"Yang buatkan I lagi tak boleh terima sebab ex-wife dia pernah cakap kat I tak ada anak buat cara tak ada anak. Sebab tu hati ni sakit sangat,"
luahnya. 

Lihat video penuh di bawah:

Sebelum nak tanya tentang zuriat dekat orang fikir dulu. Kita tak tahu berapa lama dia ikhtiar untuk mengandung :'(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: