seismik

Ibu Sedih Anak Autisme Dilayan Teruk Masa Beraya, Dituduh Pula Hilangkan Barang Kemas

Kenapa kena layan macam tu, kesian dia.

Cover image via @bellburn (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Anak merupakan anugerah terindah buat setiap pasangan yang telah berkahwin

Tambahan lagi, buat mereka yang sudah lama menantikan zuriat. Bukan semua orang dikurniakan rezeki anak pada waktu yang cepat. Oleh itu, ibu bapa haruslah bersyukur dan terima anak seadanya walau apa pun keadaan mereka.

Tular pula luahan hati seorang wanita baru-baru ini yang sedih kerana anak autismenya dilayan buruk semasa balik ke kampung beraya.

Seminggu kena marah, perli dan macam-macam lagi

Menurut wanita tersebut, anaknya yang autisme itu menerima layanan buruk daripada ahli keluarga lain di kampung semasa mereka pulang beraya.

Selain diperli, ditengking dan dijeling, anaknya juga dituduh menghilangkan barang kemas."Dia kena tuduh hilangkan barang kemas. Rasa nak jerit, bengkak sungguh rasa hati. Padahal anak tu tak usik barang, tak kacau barang pun," katanya.

Wanita itu memberitahu kepada netizen bahawa anaknya didiagnos autisme ADHD sejak dia berumur dua tahun.

"Kami ni jarang balik kampung. Anak suka suasana kampung, dapat bebas main. Kami duduk rumah atas. Cuma dia tak diam. Mengamuk tidak, menyusahkan pun tidak. Dia cuma tak diam sesaat, buat orang penat tengok dan rimas," katanya lagi.

Lihat video itu di bawah:

@bellburn Anak syurga ibu.. bersabarlah kita ok.. "anak ibu pon berhak raya mcm orang" #anaksyurgaraya #raya #autismberaya #autism #autismacceptance #SlowZoom Very Sad - Enchan

Kesian anak yang tak berdosa dituduh macam-macam. Kita patutnya beri lebih perhatian dekat kanak-kanak autisme, mereka pun perlukan kasih sayang daripada orang lain.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: