seismik

Lagu Alamak Raya Lagi! Mendunia Ke Jepun, Tetapi Ada Cubaan 'Claim' Dari Jiran Seberang

Alamak! Ini lagu dari Malaysia lah.

Cover image via @nona_avantgardey (Instagram)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, lagu raya kumpulan De Fam bertajuk Alamak Raya Lagi! menjadi semakin tular di platform media sosial

Ramai dilihat membuat video raya bersama kawan-kawan dan keluarga menggunakan lagu itu sebagai momen di hari raya.

Malah, lagu tersebut telah tular sehingga ke negara Jepun apabila video tiga orang gadis menari dengan lincah mendapat perhatian ramai termasuklah ahli kumpulan De Fam sendiri.

Tetapi, ada pula komen dari negara jiran tiba-tiba claim lagu itu dari Indonesia

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 835K tontonan dan 29K tanda suka di Instagram, rata-rata warganet dari Malaysia memuji tarian mereka.

Ahli kumpulan De Fam iaitu Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana pun meninggalkan komen teruja dan menyukai tarian mereka.

Namun, terdapat satu komen seorang individu dari Indonesia mengatakan lagu Alamak Raya Lagi! adalah dari negaranya membuatkan ramai rakyat Malaysia triggered.

Untuk pengetahuan anda, orang Jepun juga menggunakan perkataan Alamak iaitu 'Arama' dan bunyinya lebih kurang sama dengan bahasa Melayu kita.


Berikut di bawah adalah antara komen daripada warganet di Instagram:

Tumpang bangga bila lagu Malaysia viral sampai ke tahap international. Terbaiklah De Fam!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: