seismik

Lelaki Kongsi Kebaikan Penduduk Cina, Sanggup 'Buka' Jalan Bantu Orang Melayu Balik Ke KL

Baiknya diaorang semua!

Cover image via Zairul Annuar (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap tahun, Hari Raya Aidilfitri merupakan antara perayaan terbesar di Malaysia dan disambut dengan sangat meriah

Namun, tidak dinafikan masalah kesesakan lalu lintas membuatkan majoriti pengguna jalan raya terpaksa memandu sehingga berbelas jam untuk sampai ke destinasi dan kampung halaman masing-masing.

Tular pula sebuah kisah di laman Facebook baru-baru ini apabila seorang individu meluahkan rasa terharu dengan sikap penduduk Cina di Daerah Ladang Bikam, Perak yang sanggup membuka jalan baharu dengan jentolak untuk memudahkan orang Melayu balik semula ke ibu kota selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Sanggup guna jentolak semata-mata untuk ratakan jalan

Menerusi posting yang dimuat naik oleh Zairul Annuar, kisah itu bermula apabila dia menggunakan aplikasi Google Maps (GM) dari Perak untuk balik ke Kuala Lumpur.

Apa yang menarik perhatian dan membuatkannya terharu adalah apabila sekumpulan penduduk Cina di Daerah Ladang Bikam bersikap prihatin dengan masalah jalan jammed yang dihadapi oleh ramai pengguna jalan raya.

Menurut lelaki itu, perjalanannya menggunakan GM sungguh lancar, bagaimanapun aplikasi tersebut telah membawanya untuk menggunakan jalan kampung yang akhirnya membawa dia dan isteri tiba di sebuah kawasan perumahan kecil.

"Selepas melewati perumahan itu, kami sampai di jalan yang tidak bertar, masuk ke ladang kelapa sawit yang gelap. Kami melanjutkan juga perjalanan perlahan-lahan. Kelihatan beberapa kereta dari arah bertentangan dan mereka berhenti di samping kami sambil memberitahu jalan di hadapan tak dapat digunakan. Mereka mengarahkan kami agar berpatah balik. Semua kereta di belakang kami juga diminta melakukan perkara yang sama,"
katanya.

Tiba-tiba kereta diberhentikan oleh sekumpulan lelaki berbangsa Cina

"Rupanya kawasan itu adalah kawasan perumahan Cina. Mereka telah sama-sama berpakat untuk membantu melancarkan perjalanan kenderaan yang melewati kawasan perumahan mereka. Pada masa yang sama kami lihat sebuah backhoe bergerak laju melepasi kami dari arah bertentangan.

"Kami pun berpatah balik semula ke arah jalan tadi seperti yang diarahkan. Sebaik sampai di tempat itu, jalan telah hampir siap untuk dilalui.

"Hati saya rasa terharu. Penduduk cina di sini ada sikap peduli mahu membantu kelancaran perjalanan orang-orang melayu pulang dari kampung menuju ke Kuala Lumpur. Mereka keluar rumah sama-sama bergotong royong.

"Hebat orang-orang cina Perak. Power. Ini barulah bangsa Malaysia," katanya lagi.

Lihat video di bawah:

Kuat betul bonding penduduk Cina dekat sana, semua sanggup turun padang sama-sama bantu. Admin amazed!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: