Raih 3 Juta Tontonan, Video Raya Tiga Gadis Bertukar Jadi Belon Paling Win Raya Tahun Ini!
Tak expect ending dia macam tu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pelbagai trend raya di TikTok menjadi viral sejak kebelakangan ini dan ramai yang membuat video kreatif bersama keluarga
Antara trend yang menjadi pilihan ramai adalah lagu Alamak Raya Lagi! nyanyian kumpulan De Fam.
Bagaimanapun, dalam banyak-banyak video yang dibuat, satu video yang memaparkan tiga orang gadis bertukar menjadi lain tak seperti yang dijangka telah berjaya mencuri perhatian ramai.
Nak join trend Alamak Raya Lagi! sekali jadi lain pula di hujung video
Menerusi video yang dimuat naik oleh Aina Mariah, kelihatan gadis itu dan dua orang kawannya melakukan trend Alamak Raya Lagi!
Tetapi, apa yang membuatkan video tersebut unik adalah apabila Aina meletakkan transition di akhir video di mana mereka bertukar menjadi belon yang ditiup angin.
Mesej yang cuba disampaikan melalui transition itu adalah akibat terlalu banyak makan ketupat, rendang dan macam-macam di pagi raya sehingga menjadikan mereka kembung seperti belon. Comel betul!
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah mencecah 3M views dan 35K likes di Instagram. Menurut Aina, dia mengambil masa seminggu untuk menyunting video tersebut dan merakam selama 30 minit.
"Saya edit video ni seminggu sebab banyak trial and error dan research," katanya.
Untuk menonton lebih banyak video effect dari Aina Mariah, anda boleh follow akaun instagram @ainamariah dan @saysseismik.ig
Tinjauan di ruangan komen mendapati ahli De Fam iaitu Azira Shafinaz dan Sophia Liana turut memuji hasil karya Aina
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!