seismik

"Janganlah Bagi RM1" - Individu Dikecam Sebab Tak Puas Hati Anak Dapat Duit Raya Sikit

RM1 pun duit dan bernilai tau.

Cover image via Buzzeer Buzz (Facebook) & Dollars And Sense

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Semenjak sambutan Hari Raya Aidilfitri 10 April lalu, topik hangat yang menjadi bualan ramai sudah tentu mengenai jalan jammed

Dengar cerita, ada yang terpaksa meredah kesesakan lalu lintas sehingga 20 jam. Sakit tulang belakang dibuatnya!

Tetapi, rupa-rupanya ada cerita yang lagi hangat. Baru-baru ini, tular sebuah posting di laman Facebook page Penduduk Sungai Petani (PSP) mengenai seorang individu tidak berpuas hati gara-gara anaknya mendapat duit raya kurang daripada RM5.

Tak puas hati anak cuma dapat duit raya RM1 sampai complain dalam Facebook page, tak pasal-pasal kena kecam

Menerusi perkongsian daripada pengguna yang bernama Buzzeer Buzz, kelihatan individu tersebut memberikan pendapatnya mengenai posting tular itu.

"I dibesarkan sebagai orang miskin. My mother tak bagi duit raya. So my mentaliti juga I tak bagi duit raya. Duit raya ni kita bagi as sedekah, if ada duit lebih. Kalau ada duit lebih, baru lah bagi duit raya sebagai sedekah.

"Dan I tak expect dan minta untuk orang bagi duit raya pada anak-anak I. Dan I pun ajar anak-anak I jangan meminta duit raya, jangan expect orang bagi duit raya, dan kalau ada orang bagi, berapa banyak atau sikit pun dapat, MESTI BERTERIMA KASIH.

"Sejenis mak pak yang macam posting ni. Memalukan laa...orang dah bagi anak kau duit pun dah kira syukur la wei," katanya.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut mengecam tindakan lelaki itu yang siap memberi amaran supaya jangan bagi duit raya RM1 pada budak-budak

Lihat posting penuh di bawah:

Tak kisah lah dapat berapa ringgit pun, ibu ayah kena ajar anak-anak untuk bersyukur dengan rezeki yang diberi :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: