Tiga Tokoh Korporat Melayu Tersenarai Dalam Orang Paling Kaya Forbes Malaysia 2024
Hebat-hebat semuanya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, Senarai Orang Paling Kaya Forbes Malaysia 2024 menunjukkan tiga orang tokoh korporat Melayu merupakan hartawan selain 47 orang lain
Menurut sumber, nilai kekayaan kolektif 50 hartawan dalam Senarai Orang Paling Kaya Forbes Malaysia 2024 meningkat sebanyak dua peratus kepada AS$83.4 bilion (RM399.82 bilion).
Peningkatan tersebut dipengaruhi oleh kenaikan pasaran saham Malaysia sejak senarai terakhir dikeluarkan.
Menerusi 50 senarai itu, tiga orang Melayu yang dimaksudkan adalah tokoh korporat, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary; pemilik Weststar Aviation Services Sdn Bhd (WAS), Tan Sri Dr Syed Azman Syed Ibrahim dan tokoh perbankan terkemuka negara, Tan Sri Azman Hashim.
Syed Mokhtar menduduki tangga ke-15 dengan nilai kekayaan bersih, AS$1.3 bilion (RM6.23 bilion). Syed Azman pula berada di kedudukan ke-28, dengan AS$765 milion (RM3.7 bilion), manakala Azman yang menduduki tempat ke-32 mengumpul sebanyak AS$660 milion (RM3.2 bilion).
Wow, bukan calang-calang kesemua tokoh korporat ini! Bangga tengok orang Melayu sehebat mereka bertiga.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!