seismik

[VIDEO] Gadis Terkejut Budak Selamba Buka Sampul Duit Raya, Siap Tanya Kenapa Dapat RM2 Je

Budak-budak zaman sekarang.

Cover image via Berita Harian & Sinar Harian

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap kali tibanya Syawal, tradisi memberi duit raya kepada saudara-mara dan anak buah pasti akan memeriahkan lagi suasana di pagi raya

Jika diimbau kembali zaman kita kecil-kecil dulu, dapat RM0.50 pun sudah gembira kerana bukan nilai duit yang penting, tetapi kemeriahan Aidilfitri yang disambut dengan keluarga lebih bermakna, betul tak?

Akan tetapi, budak-budak zaman sekarang tidak seperti itu. Kebanyakannya menganggap duit raya adalah kewajipan dan mereka mengharapkan duit yang diterima sekurang-kurangnya RM5 dalam setiap sampul.

Baru-baru ini, seorang gadis berkongsi kejadian yang berlaku ketika dia pergi beraya di rumah kawannya yang membuatkan dia terkedu.

Terkejut bila ada budak buka sampul raya depan-depan, siap persoalkan nilai yang diterima

Menerusi video yang dimuat naik oleh @tiyakamal2, gadis itu terkejut selepas dia menghulurkan duit raya kepada budak-budak di rumah itu, ada yang terus buka sampul dan merungut kerana hanya mendapat RM2 sahaja.

Lebih membuatkan dia geram, ibu bapa mereka yang ada di situ tidak menegur langsung perbuatan anak mereka yang dianggap kurang sopan di depan orang tua.

"Budak tu macam, haa 2 ringgit ja? Depa budak lagi, okay faham. Tapi mak ayah? Apa peranan awak bila anak cakap macam tu dekat strangers yang bagi duit raya?," katanya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Susulan tularnya video itu yang kini telah meraih 293.5K tontonan, 17.4K tanda suka dan 317 perkongsian di TikTok, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi mengenai kejadian tersebut

Lihat video penuh itu di bawah:

@tiyakamal2 Lepas ni nk letak daun palas ja dalam sampul tuh #foryoupagе #fyp #fyp #fypgakni original sound - Luckyboyyy

Ibu ayah kena main peranan bab ini, mungkin nampak remeh tapi sebenarnya boleh buat si pemberi terguris hati.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: