seismik

Lelaki Kongsi Video Kalau Nak Datang Beraya Sebelum Sentuh 'Collection' Lihat Harga Dulu

Uish ini kalau terjatuh consider sold terus.

Cover image via Mohamad Zulhafizie Senin (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap kali sambutan Hari Raya Aidilfitri, beraya ke rumah sanak saudara merupakan aktiviti yang paling digemari ramai kerana dapat berkumpul dengan keluarga besar

Pada waktu ini sajalah kita dapat mengeratkan silaturahim antara saudara-mara yang jarang kita jumpa. Kalau pergi beraya pula, sudah tentu kuih-muih dan juadah yang disediakan oleh tuan rumah yang menjadi tumpuan utama.

Tetapi, berbeza pula dengan sebuah video tular ini apabila seorang lelaki berkongsi suasana di dalam rumahnya telah mencuri tumpuan ramai.

Rumah dipenuhi koleksi gundam dan mainan berharga ribuan ringgit

Menerusi video yang dikongsi oleh Mohamad Zulhafizie Senin, kelihatan hampir setiap sudut di rumahnya itu dipenuhi dengan koleksi mainan dan gundam yang berharga ribuan ringgit.

Dia siap memberi amaran kepada sesiapa yang ingin datang beraya ke rumahnya supaya melihat harga terlebih dahulu sebeum menyentuh mana-mana koleksinya itu.

Antara koleksi termahal adalah RC & Hotwheels berharga RM9,500, figure Kamen Rider berharga RM8,100, CSM & DX Kamen Rider berharga RM16,000 dan MG Gundam berharga RM10,200.

Lihat video penuh itu di bawah:

Yang ada anak kecil kena jaga-jaga, takut terlanggar habis kena bayar dekat tuan rumah :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: