Mungkin Ramai Belum Tahu, Ini Cara Potong Nasi Himpit Yang Betul Agar Lagi Puas Nak Makan
Korang suka makan dengan kuah kacang ke rendang?
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Setiap kali tibanya Syawal, tak sah kalau tiada juadah raya seperti ketupat, lemang, nasi himpit, kuah kacang dan rendang di meja makan
Antara menu yang menjadi kegemaran ramai setiap kali beraya sudah semestinya nasi himpit dengan kuah kacang.
Ada orang yang tidak kisah dengan bentuk nasi himpit yang dihidangkan. Tetapi, orang-orang tua selalunya agak particular tentang ini.
Haa, anda tahu tak bagaimana cara yang betul untuk memotong nasi himpit?
Potong serong atau potong tegak?
Sebenarnya, kedua-dua cara tersebut boleh saja digunakan. Tetapi baru-baru ini, seorang individu berkongsi cara potong nasi himpit dengan menggunakan pengiraan secara Matematik dan lebih efisyen.
Menurut lelaki bernama Anwar Farid itu, nasi himpit lebih baik dipotong secara serong kerana potongan serong ini akan menghasilkan permukaan yang lebih besar.
Apabila dipotong serong, ia membolehkan anda mencicah nasi himpit dengan lebih banyak kuah kacang atau rendang per unit ketupat.
Malah, nasi himpit yang dipotong secara serong juga dikatakan lebih mudah untuk dibuka plastiknya berbanding jika dipotong tegak.