Tak Dapat Bawa Ke Kampung Sekali, Lelaki Sedih Bila Check CCTV Lihat Reaksi Kucingnya
Alololo kesiannya meow.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bagi sesiapa yang membela kucing, semestinya akan berasa risau apabila terpaksa meninggalkan haiwan peliharaan itu di rumah ketika ingin pulang beraya di kampung
Ramai yang mengambil keputusan untuk meninggalkan kucing mereka di pet hotel atau meminta pertolongan jiran terdekat untuk menjaga si bulus buat sementara waktu.
Tetapi, ada juga yang terpaksa meninggalkan haiwan ini bersendiran di rumah atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Seperti sebuah video yang tular baru-baru ini, seorang lelaki yang terpaksa meninggalkan kucing kesayangannya di rumah sendirian dan terkejut apabila melihat si bulus itu dalam menerusi CCTV.
Sebak bila tengok kucing tunggu depan pintu rumah
Menurut Kamarul, dia yang juga risau dengan keadaan kucing kesayangannya telah memasang CCTV di dalam rumah untuk memantau kelakuan haiwan tersebut sepanjang dia berada di kampung.
Namun, apa yang membuatkan dia sedih adalah apabila melihat kucingnya yang bernama Dora itu hanya termenung menunggu di hadapan pintu rumah seperti sedang menunggu kepulangan dia dan isterinya.
"This is the first time tinggal dia kat rumah. Tiap tahun memang bawa dia balik kampung. Kali ni tak dapat cuti awal, so tak dapat elak jem nanti, lagi kesian kat dia dalam kereta berjam-jam nanti. Dora jenis penakut kalau keluar dari rumah. That's why kami fikir, ini saja jalan terbaik. InshaAllah, ada rezeki, kami carikan adik Dora. We're sorry Dora," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!