Susah Cari Restoran Halal? Aplikasi 'MakanJom' Boleh Selesaikan Untuk Anda!

Akhirnya, aplikasi yang ditunggu-tunggu telah tiba!

  • Dilema sebagai umat Islam, apabila berjalan atau pergi ke tempat baru, perkara paling utama yang perlu diambil berat semestinya lokasi restoran dengan makanan Halal dan lazat

    • Seperti sedia maklum, tidak semua restoran menyediakan makanan Halal, walaupun di dalam Malaysia sendiri. Jadi, adalah amat penting bagi umat Islam untuk mengenal pasti di mana mereka boleh mendapatkan makanan Halal untuk diisi ke dalam perut.

  • Sebelum ini, agak sukar bagi umat Islam untuk mencari sumber relevan bagi makanan Halal di Internet. Tetapi masalah itu kini dapat diselesaikan.

    Perkenalkan aplikasi 'MakanJom'!

    • MakanJom menyediakan jalan mudah untuk anda mencari dan menemui restoran yang disesuaikan khas untuk Muslim di Malaysia. Aplikasi ini membolehkan anda mencari restoran dengan makanan lazat dan Halal berdekatan anda.

      Dengan aplikasi mudah alih ini, kepayahan membuat keputusan di mana untuk makan setiap hari telah diselesaikan. Jangan terkejut sekiranya kebanyakan restoran yang disyorkan oleh MakanJom adalah restoran yang anda tidak pernah dengar pun sebelum ini, walaupun ia berada sangat dekat dengan anda.

      Jadi bolehlah anda mencuba menu baru setiap hari!

  • Menyedari dilema ini dilalui oleh setiap umat Islam, CEO MakanJom Sdn Bhd Afirul Afif memutuskan untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah ini dengan menubuhkan satu aplikasi makanan Halal mesra pengguna

      • 4098 Image via MakanJom
        CEO MakanJom Sdn Bhd, Afirul Afif.
    • "Kebanyakan daripada tempat makan yang biasanya restoran mewah atau francais terkenal memang banyak melakukan promosi. Walau bagaimanapun, terdapat banyak kedai makan yang tidak begitu terkenal, tetapi sebenarnya menghidangkan makanan Halal enak yang biasanya hanya diketahui oleh penduduk sekitar kawasan itu.

      "Saya melihat keperluan untuk berkongsi mengenai perkara ini dengan orang lain, jadi saya memutuskan untuk menjadi orang yang memulakannya. Oleh itu, MakanJom membawa anda hidangan makanan ini di mana saja anda berada," kata Afirul Afif.

  • Setelah kami gunakan aplikasi ini selama 30 minit, kami yakin inilah satu-satunya aplikasi makanan Halal yang anda WAJIB download. Di sini kami senaraikan 5 sebab utama:

  • 1. Sangat mudah dan ringkas digunakan tanpa perlu tutorial mahupun pendaftaran. Ianya percuma!

      • B45e Image via SAYS
        Setelah jumpa restoran yang ingin dilawati, hanya tekan 'Bookmark Kedai Ini' (kiri) dan ia akan terus tersenarai dalam 'Bookmark List' anda (kanan).
    • MakanJom amat mudah digunakan. Anda tidak memerlukan tutorial khas untuk menggunakannya. Lima minit selepas menggunakan MakanJom, kami pasti anda sudah selesa menggunakannya. Lagi satu, anda langsung tak perlu daftar. Muat turun dan boleh terus guna!

      makanjom.com
  • 2. Begitu senang mencari tempat makan sedap berdekatan dan ia merangkumi kesemua 14 negeri di Malaysia

      • 9e28 Image via SAYS
        Pilih negeri (kiri) dan senarai kawasan dalam negeri pilihan anda akan keluar (kanan).
    • Antara muka yang kemas dan ringkas akan memudahkan anda mencari kedai makan bersesuaian berdekatan anda. MakanJom hanya mempamerkan informasi yang releven kepada anda, bebas dari lebihan informasi.

      makanjom.com
  • 3. Tunjuk jalan menggunakan sistem navigasi Google Maps dan Waze

      • 9079 Image via SAYS
        Tekan saja pada 'Lokasi Kedai' (kiri), kemudian anda boleh pilih sama ada menggunakan Google Maps atau Waze ke lokasi restoran tersebut (kanan).
    • MakanJom menyediakan cara yang mudah untuk anda membuka lokasi tempat makan terus ke aplikasi navigasi yang terdapat di dalam telefon pintar anda seperti Waze dan Google Maps.

      makanjom.com
  • 4. Boleh baca review dari bloggers sebelum pilih tempat makan

      • 46e3 Image via SAYS
        Bahagian 'Review Blogger' (kiri) akan bawa anda terus ke blog yang tercatat (kanan).
    • Sistem MakanJom akan menyediakan pautan blog-blog ulasan makanan yang berkaitan dengan tempat makan pilihan anda, untuk menyenangkan anda membuat keputusan kedai yang mana menjadi pilihan anda.

      makanjom.com
  • 5. Data tempat makan yang lengkap dan tersusun rapi

    • Setiap data tempat makan disemak oleh pihak kami. MakanJom memastikan data yang dimasukkan tepat, lengkap dan releven untuk kepuasan pengguna. Data tempat makan akan ditambah setiap hari dan akan ditambah baikkan dari semasa ke semasa.

      makanjom.com
  • Terbaik bukan?

    Ini baru di Malaysia. MakanJom mempunyai visi untuk mencapai kesemua 2 bilion umat Islam di seluruh dunia melalui aplikasi ini.

    • MakanJom Sdn Bhd adalah sebuah syarikat tempatan dengan visi untuk merevolusi cara anda menemui tempat makan menarik dan Halal di di seluruh dunia. Dengan aplikasi yang mesra pengguna, pemilik kedai makan dapat berhubung terus dengan pelanggan mereka yang menggunakan aplikasi MakanJom untuk mencari tempat makan halal.

      MakanJom berhasrat untuk mencapai kesemua 2 bilion Muslim di seluruh dunia dengan menyediakan lokasi tempat makan tempatan yang sedap dan unik. MakanJom mempunyai misi untuk membawa bendera Malaysia ke persada dunia satu hari nanti.

      makanjom.com
  • Sekarang, cuba bayangkan kesemua restoran dengan makanan Halal di seluruh dunia boleh diakses dengan mudah melalui aplikasi ini. Memang mindblowing!

    • Setakat ini, MakanJom mempunyai senarai lebih daripada 22,000 restoran. Sejak dilancarkan pada September 2015, MakanJom telah mencapai lebih daripada 15,000 muat turun dalam masa 3 bulan sahaja. Ramai pengguna telah mendapat manfaat daripada aplikasi ini.

      Muat turun percuma aplikasi MakanJom di:
      Google Play Store
      App Store

      Maklumat lanjut sila layari laman web www.makanjom.com, Instagram dan Facebook MakanJom!

  • Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

  • Kat mana nak cari Dim Sum yang Halal? Lihat senarai 16 restoran DI SINI:

Leave a comment