Anda Peminat Dim Sum? Hidup Anda Tak Sah Kalau Belum Cuba 16 Restoran Ini

Sedang mencari Squid Ink Dumpling di Kuala Lumpur, Mango Seafood Roll di Johor Bahru, atau Pot Stickers di Kota Kinabalu? Semuanya tersenarai di sini!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Instagram @crmlle

1. Restoran MinMax, PNB Darby Park

Pilih daripada pelbagai hidangan tradisional seperti Har Gao (*dumpling udang*) dan Lor Mai Kai (pulut ayam dan cendawan). Bagi yang inginkan sedikit kelainan bolehlah mencuba bebola daging dalam sos masam manis, yang diserikan dengan udang kering dan daun kucai.

**Alamat:** Lot 2.1 Tingkat 2, PNB Darby Park, Jalan Binjai, 50450 Kuala Lumpur
**Waktu Operasi:** 11 pagi – 3 petang, 6 petang – 11.30 malam (Isnin – Sabtu) | 9 pagi – 3 petang, 6 petang – 11.30 malam (Ahad)
**No. Telefon:** +603 2166 8669
***Pork-free*** (menu mempunyai minuman beralkohol)

Image via Rebecca Saw

2. China Treasures, Pusat Konvensyen Sime Darby

Sesi menjamah di sini tidak sempurna tanpa mencuba hidangan istimewanya: *Salted Egg Charcoal Bamboo Bun*. Jangan gentar dengan warna hitamnya; kastard yang tersembunyi di dalam akan memenuhi segala impian para peminat tegar telur masin!

**Alamat:** Pusat Konvensyen Sime Darby, 1A Jalan Bukit Kiara 1, 60000 Kuala Lumpur
**Waktu Operasi:** 12 tengah hari – 2.30 petang | 6.30 petang – 10 malam
**No. Telefon:** +603 2089 3788
***Halal***

Ikuti Pusat Konvensyen Sime Darby di **[laman web](http://www.simedarbyhospitality.com/sdcc)**nya.

Image via Instagram @xulf

3. Celestial Court, Hotel Sheraton Imperial KL

Jika dilihat kepakaran dan ketelitian chef dalam menyediakan dim sum di sini, mungkin ada yang terasa hidangan di sini tampak lebih kepada karya seni daripada sarapan pagi. Lihat saja *dumpling* dakwat sotongnya yang membalut kemas kapis dan telur ikan. Jangan pulang sebelum mencuba wantan ikan kod dengan puri daun ketumbar!

**Alamat:** Tingkat 3, Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur
**Waktu Operasi:** 12 tengah hari – 2.30 petang (Sabtu) | 10 pagi – 12 tengah hari, 12.30 tengah hari – 2.30 petang (Ahad & Cuti Umum)
**No. Telefon:** +603 2717 9302
***Pork-free*** (menu mempunyai minuman beralkohol)

Ikuti Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur di **[Facebook](https://www.facebook.com/sheraton.imperial.kuala.lumpur)** | **[Instagram](https://www.instagram.com/sheratonimperialkl/)** | **[Laman web](http://www.celestialcourtrestaurant.com/en/home)**

4. Restoran Harmoni, Hotel Bangi-Putrajaya

Minat kedua-dua jenis dim sum yang dikukus dan digoreng? Nikmati kesemuanya di Restoran Harmoni! Diserikan pula dengan pau-pau gebu, sayur segar, dan pencuci mulut, perkataan *diet* memang tiada maknanya di sini 😉

**Alamat:** Hotel Bangi-Putrajaya, Off Persiaran Bandar, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
**Waktu Operasi:** 12 tengah hari – 2.30 petang (Isnin – Sabtu) | 11 pagi – 2.30 petang (Ahad & Cuti Umum)
**No. Telefon:** +603 8210 2222
***Halal***

Ikuti Restoran Harmoni di **[Facebook](https://www.facebook.com/Restoran-Harmoni-at-Hotel-Bangi-Putrajaya-673497332693761/?fref=ts)** | **[Laman web](http://www.hotelbangi-putrajaya.com/dining/harmoni/overview)**

Image via Projek Travel

Image via Projek Travel

Image via Projek Travel

5. Dolly Dim Sum, Avenue K & Nu Sentral

Restoran serba moden ini menjadi antara kegemaran warga kota KL, bukan sahaja kerana menunya yang menarik tetapi juga kerana hiasannya yang cukup *chic*! *Natural lighting* yang memenuhi ruang restoran pastinya dihargai para *Instagrammer*, sambil menikmati *siu mai* dan *chee cheong fun* mereka.

**Avenue K:** Lot G9 Ground Floor, Avenue K, 156 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
+603 2181 3830
**NU Sentral:** LG43, Lower Ground Floor, NU Sentral Mall, Jalan Stesen Sentral 5, Brickfields
+603 2273 1450

**Waktu Operasi:** 11 pagi – 10 malam
***Pork-free*** (hanya bekalan Halal digunakan tetapi menu mempunyai minuman beralkohol)
Ikuti Dolly Dim Sum di **[Facebook](https://www.facebook.com/dollydimsum)** | **[Instagram](https://www.instagram.com/dollydimsum/)** | **[Laman web](http://www.dollydimsum.com/)**

6. Restoran Tung Yuen, Hotel Grand BlueWave Shah Alam

Peminat dim sum di Shah Alam tidak perlu *travel* jauh untuk menjamu selera! Restoran di Hotel Grand BlueWave ini lengkap dengan pelbagai pilihan, termasuk *Salted Egg Dumpling*, *Vietnamese Spring Roll*, dan *Crispy Golden Pear Dumpling*.

**Alamat:** Tingkat 1, Hotel Grand BlueWave Shah Alam, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 40000 Shah Alam
**Waktu Operasi:** 11.30 pagi – 2.30 petang, 6 petang – 10.30 malam
**No. Telefon:** +603 5511 8811 ext 2619
***Halal***

Ikuti Hotel Grand BlueWave Shah Alam di **[Facebook](https://www.facebook.com/grandbluewave?fref=ts)** | **[Instagram](https://www.instagram.com/grandbluewave_shahalam/)** | **[Laman web](http://www.bluewavehotels.com/dining/tung-yuen-chinese-restaurant/)**

Image via FOOD Malaysia

Image via FOOD Malaysia

Image via FOOD Malaysia

Image via fatinbella.com

Image via fatinbella.com

Image via fatinbella.com

7. Eden, KLIA

Menunya yang tersendiri menjadikan Eden salah satu restoran *favourite* bila bercakap tentang dim sum. Bila singgah KLIA nanti, jangan lupa cuba dim sum premium yang disediakan seperti *Lobster Dumpling* dan *Glutinous Abalone Dumpling*.
**Alamat:** Lot 18A, Tingkat 5, Main Terminal Building, KLIA, 43900 Sepang
**Waktu Operasi:** 10 pagi – 2 petang
**No. Telefon:** +603 8787 3812
***Pork-free*** (hanya bekalan Halal digunakan tetapi menu mempunyai minuman beralkohol)

Ikuti Eden di **[Facebook](https://www.facebook.com/Eden-Restaurant-Catering-198595613533559/)**

Image via Groupon

Image via Groupon

8. Restoran Siang, Kompleks Beli Belah Sogo

Kebanyakan restoran dim sum mempunyai waktu operasi yang terhad, selalunya hanya pada waktu sarapan dan makan malam sahaja. Berbeza pula dengan restoran ini yang menyajikan dim sum sepanjang hari! Hidangan mesti cuba? Labu goreng bersalut telur masin!

**Alamat:** Tingkat 6, Kompleks Beli Belah Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur
**Waktu Operasi:** 10 pagi – 10 malam
**No. Telefon:** +603 2618 1848
***Pork-free***

9. Restoran Toh Yuen, Kelab Eksekutif Klang

Bagi mereka yang kerap jalan-jalan cari makan di Klang, bolehlah mencuba restoran yang sudah bertahun-tahun menghidangkan dim sum ini. Bebola ikan kukus, kaki ayam bersos taucu, cucur keladi… semuanya ada di sini!

**Alamat:** Persiaran Bukit Raja 2, Bandar Baru Klang, 41150 Klang
**Waktu Operasi:** 10.30 pagi – 2.30 petang (Isnin – Jumaat) | 8.30 pagi – 2.30 petang (Sabtu & Ahad)
**No. Telefon:** +603 3344 3888
***Pork-free***

Ikuti Kelab Eksekutif Klang di **[Facebook](https://www.facebook.com/buffetramadan2015kec/?fref=ts)**

10. Greentown Dim Sum Cafe

Berada di bandar Ipoh? Mulakan hari dengan cara paling *best* sekali: dengan berbakul-bakul dim sum yang baru sahaja dikukus! Sebagai pencuci mulut, cubalah sepinggan tat telur (atau dua!).

**Alamat:** No 10, Persiaran Greentown 4, Greentown Avenue, 30450 Ipoh, Perak
**Waktu Operasi:** 8 pagi – 9 malam (tutup pada hari Selasa)
**No. Telefon:** +605 255 2010 | +6012 569 8876
***Halal***

11. Restoran Tasty Wok, Kelab Venition

Dengan menu yang digubah khas oleh chef yang berasal dari Guangzhou, Restoran Tasty Wok diminati untuk hidangannya yang asli dan segar. Sarapan di sini tidak lengkap tanpa bubur daging dan juga bebola ubi keledek.

**Alamat:** Kelab Venition, Off Jalan Lintas (Lido-Kepayan), Penampang 88300 Kota Kinabalu Sabah
**Waktu Operasi:** 8 pagi – 12 tengah malam
**No. Telefon:** +6088 728 188/ +6088 729 199
***Pork-free*** (hanya bekalan Halal digunakan tetapi menu mempunyai minuman beralkohol)

Ikuti Kelab Venition di **[Facebook](https://www.facebook.com/venetianclubhouse)** | **[Instagram](https://www.instagram.com/venitionclub/)**

12. The Asian Restaurant, Hotel Horizon Kota Kinabalu

Jika sesi dim sum anda tidak lengkap tanpa pau dan *pot stickers*, singgah sebentar di Hotel Horizon untuk menjamu selera. Chef-chef di sini juga gemar mengeksperimen dan telah menghasilkan pelbagai hidangan unik seperti kambing bersos kopi.

**Alamat:** Hotel Horizon Kota Kinabalu, Jalan Pantai, Pusat Bandar, 88999 Kota Kinabalu, Sabah
**Waktu Operasi:** 8 pagi – 2 petang (Isnin – Jumaat) | 7 pagi – 2 petang (Sabtu, Ahad & Cuti Umum)
**No. Telefon:** +6088 518 000 samb. 2508
***Halal***

Ikuti Hotel Horizon Kota Kinabalu di **[Facebook](https://www.facebook.com/Horizon-Hotel-Kota-Kinabalu-114926195235028/?fref=photo)** | **[Laman web](http://www.horizonhotelsabah.com/dining.php)**

Image via Sabah Eats

Image via Sabah Eats

13. Restoran Meisan, Hotel Grand Margherita Kuching

Tidak kiralah jika anda lebih gemar udang badam dan pau ayam barbeku, atau fucuk digoreng rangup dan *siu mai* ayam; semuanya akan membuatkan anda tersandar kekenyangan selepas selesai makan di sini!

**Alamat:** Meisan Restaurant, Hotel Grand Margherita, Jalan Tunku Abdul Rahman, 93100 Kuching, Sarawak
**Waktu Operasi:** 8 pagi – 2 petang (Jumaat, Sabtu, Ahad dan Cuti Umum sahaja)
**No Telefon:** +6082 423 111 samb. 1166
***Halal***

Ikuti Hotel Grand Margherita di **[Facebook](https://www.facebook.com/grandmargherita/)** | **[Instagram](https://www.instagram.com/grandmargherita/)** | **[Laman web](https://www.grandmargherita.com/dining.php)**

Image via Groupon

Image via Groupon

14. Restoran Szechuan Garden, Holiday Villa Alor Setar

Sambil menjamah bakul-bakul dipenuhi wantan, *siu mai*, pau dan sebagainya, pesan juga beberapa pinggan lauk untuk dikongsi! Lagipun, siapa yang tidak terpikat dengan kelazatan udang goreng mentega?

**Alamat:** Szechuan Garden Chinese Restaurant, Holiday Villa Alor Setar, Lot 162 & 163, Jalan Tunku Ibrahim, Bandar Alor Star, Mukim Kota Star, 05000 Kedah
**Waktu Operasi:** 12 tengah hari – 2.30 petang | 7 malam – 10.30 malam
**No. Telefon:** +604 734 9999
***Halal***

Ikuti Holiday Villa Alor Star di **[Facebook](https://www.facebook.com/Holiday-Villa-Alor-Setar-City-Centre-Kedah-Malaysia-216337158386367/)** | **[Laman web](http://www.holidayvillaalorsetar.com/view_details.php?id=8&view=2)**

15. Restoran Kai Xuan, Puteri Pacific Johor Bahru

Pernah cuba dim sum yang memadankan makanan laut bersama buah mangga? Itulah antara resipi menarik mesti-cuba di Restoran Kai Xuan. Peminat itik panggang juga pasti senang hati!

**Alamat:** Tingkat B1, Hotel Puteri Pacific Johor Bahru, Jalan Abdullah Ibrahim, Johor Bahru
**Waktu Operasi:** 11.30 pagi – 2.15 petang (Isnin – Sabtu) | 8.30 pagi – 2.15 petang (Ahad)
**No. Telefon:** +607 219 9390 | +607 219 9999
***Halal***

Ikuti Restoran Kai Xuan di **[Facebook](https://www.facebook.com/kaixuanjb/?fref=ts)** | **[Laman web](http://www.puteripacific.com/restaurants/)**

16. Janimaru Dimsum, Restoran Tomato Klasik

Dim sum yang dihidangkan dalam suasana penuh santai ini menjadi snek yang *perfect* untuk sesi lepak bersama keluarga dan kawan-kawan. Apabila rancak berborak, sepuluh bakul dim sum pun mungkin tidak cukup! Berapa tinggi agaknya tindanan bakul anda apabila ke sini nanti? 😉

**Alamat:** Restoran Tomato Klasik (berhadapan Bank Islam), Pasir Tumboh, 16150 Kota Bharu, Kelantan
**Waktu Operasi:** 7.30 malam – 12 tengah malam
**No. Telefon:** +6014 809 9903
***Halal***

Ikuti Janimaru Dimsum di **[Facebook](https://www.facebook.com/JMdimsum)**

Sesi dim sum dah settle? Jom kita pekena kopi pulak! =)

You may be interested in: