'Dah Tahu Suami Gaji RM800-RM1K Janganlah Beranak Banyak-Banyak'
"Kerajaan perlu menggubal undang-undang satu keluarga limit satu anak sahaja"
Rezeki itu terdiri dari pelbagai bentuk. Boleh jadi ia berupa makanan, kesihatan, anak dan bermacam-macam lagi. Ia terpulang pada pandangan masing-masing kerana bagi kami, apa yang anda perolehi hari ini sememangnya rezeki yang datang dari Allah s.w.t.
Dan setiap manusia itu rezekinya berbeza-beza. Sebagai contoh, sesetengah daripada kita mungkin dianugerahkan anak seawal perkahwinan. Tetapi ada juga yang mendapat anak setelah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga.
Tak kurang juga, ada di antara mereka yang memperoleh begitu ramai anak yang kalau kita lihat anak-anak tersebut kelihatan seperti seusia. Sebenarnya di sini konsep family planning itu betul-betul memainkan peranan. Tetapi berapa ramai masyarakat kita yang mengamalkannya?
Topik anak ramai ni ibarat topik yang taboo dalam masyarakat Melayu. Ramai menganggap mempunyai anak yang ramai adalah rezeki dari Allah s.w.t. Tetapi bagaimana pula bagi keluarga yang taraf hidupnya rendah? Adakah sepatutnya mereka mengamalkan family planning?
Ini adalah coretan seorang gadis di laman Facebook mengenai isu tersebut. Selang beberapa jam status itu dimuat naik, dia terus dihentam netizen. Dalam masa yang sama, ramai juga yang bersependapat dengan beliau.
Baca post penuh beliau di bawah:
Setelah post tersebut dimuat naik 8 November lalu, nampaknya sehingga hari ini masih ramai netizen yang bercakap mengenainya.
Malah ramai juga yang mengecam gadis ini. Pelbagai kata-kata negatif dilemparkan:
Dalam pada itu, tidak kurang juga ramai yang menyokong beliau. Ada yang kata...
"RAMAI TAK BOLEH TERIMA KENYATAAN"
4. "Meleis isley kat Malaysia ni bodoh!"
Sehingga kini, post tersebut telah mendapat sebanyak lebih 2 ribu shares dan lebih 15 ribu likes.
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!