Berbekalkan RM150, Dua Warga Emas Ini Berjaya Keliling Semenanjung M’sia Naik Moto Kapcai

Wow, hebat betul!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro

Dua orang sahabat ini sudah pun mencecah usia 65 dan 70 tahun, percaya tak?

Image via Pop Key

Walaupun sudah bergelar warga emas, dua sahabat ini mampu mengembara seluruh Semenanjung Malaysia sehingga ke Singapura dan Thailand selama 22 hari

Image via Harian Metro

Dalam perjalanan lebih kurang 3,000 kilometer, mereka telah berjaya merantau selama 22 hari dan kembali di Perak malam semalam.

Dua orang sahabat ini dikenali dengan nama Halim Awang Ngah yang berusia 65 tahun dan juga rakannya Ahmad Jusoh yang berusia 70 tahun. Mereka menyambut kejayaan pengembaraan mereka dengan penuh rasa syukur.

Pengembaraan ini merupakan impian mereka sejak zaman muda lagi, mereka mempunyai minat yang sama terhadap motor. Oleh kerana kesuntukan masa dengan kerja dan jadual seharian, mereka tidak berpeluang untuk melakukan hobi kegemaran mereka ini.

Halim merupakan seorang pesara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan beliau menggunakan motor Honda Future 125 CC untuk pengembaraan tersebut manakala Ahmad yang merupakan seorang peneroka felda itu menggunakan motor Yamaha LC 135 CC.

Hanya berbekalkan beberapa helai pakaian dan alat ganti motosikal serta bekalan petrol, mereka tetap meneruskan pengembaraan itu walaupun menghadapi pelbagai rintangan

Perjalanan mereka ini bermula pada 4 Mac lalu dari Sungai Buloh, Selangor melalui Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Singapura, Pahang, Terengganu, Kelantan, Thailand, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang sebelum berakhir di Perak.

Walaupun mereka menghadapi pelbagai cabaran ketika pengembaraan itu, kedua sahabat ini nekad untuk meneruskan perjalanan mereka.

Halim berkongsi, sepanjang pengembaraan beliau hanya membawa kira-kira RM1,500 sahaja dan hanya membelanjakan kos minyak motosikal kira-kira RM150 sepanjang pegembaraan itu.

Image via Harian Metro

"Sepanjang pengembaraan kami menumpang tidur di masjid atau surau dan layanan yang diberikan oleh penduduk di semua destinasi kami pergi sangat baik termasuk ketika berada di Singapura dan Thailand"

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Duit bukanlah penghalang untuk anda kejar impian, klik di sini untuk kisah INSPIRASI:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: