#KanserBukanTiketUntukMati: Dengan RM13 Pesakit Kanser Ini Jelajah Ke Seluruh Semenanjung

Terbaiklah bro!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Zaki Bijak/Facebook

Bayangkan jika suatu hari, doktor mengesahkan bahawa tubuh kita telah dijangkiti kanser. Apa yang akan kita buat?

Seperti kebanyakan pesakit kanser lain, penyakit ini sememangnya menghantui perjalanan hidup mereka dari pelbagai aspek. Ada di antara mereka yang begitu terkesan sehingga menimbulkan tekanan, mempengaruhi kemurungan, dan meruntuhkan semangat untuk terus menjalani hidup seperti biasa.

Kanser adalah sesuatu penyakit yang amat serius. Pakar perubatan juga percaya bahawa penyakit ini masih belum mempunyai penawarnya.

Image via

Meskipun begitu, kanser bukanlah pengakhiran sebuah kehidupan. Bagi mengubah persepsi ini, seorang lelaki, Zaki Bijak yang menghidapi penyakit kanser darah tampil menyanggah persepsi itu.

Bagi Zaki, kanser langsung tidak menjadi penghalang untuk beliau memenuhi impian yang dipasangnya sejak dua tahun lalu. Impian untuk menjelajah ke seluruh negeri di Semenanjung Malaysia mula tercipta apabila Zaki disahkan menghidapi kanser darah pada Julai 2014.

Menariknya, Zaki bukan setakat menjelajah. Beliau mengembara dengan satu cara yang unik. Berbekalkan hanya RM13 di dalam dompet, Zaki berjalan menggunakan konsep hitch-hiking ke serata tempat secara bacpacking.

Konsep *hitch-hiking* secara *bacpacking* ini memang cukup popular dilakukan di luar negara, lebih spesifik di kawasan Eropah dan Amerika Syarikat. Pada mulanya, Zaki ingin mengembara ke luar negara kerana konsep sebegini dipandang sedikit janggal jika dilakukan di Malaysia.

Tetapi disebabkan kekangan kewangan dan tahap kesihatan, Zaki tidak dapat memenuhi hasratnya itu. Sebaliknya, beliau menjelajah ke seluruh negeri di Semenanjung Malaysia.

Perjalanan Zaki bermula di Jerantut, Pahang pada 27 Ogos tempoh hari dan bakal berakhir pada 8 September nanti

Misi pengembaraan Zaki ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai agar tidak berputus asa dalam hidup dan kepada pesakit kanser agar tidak berhenti melawan penyakit

Dan sepanjang perjalanan, Zaki temui pelbagai jenis orang yang sudi membantunya dengan seikhlas hati. Tidak kira bangsa apa sekali pun, semuanya mempunyai misi untuk melakukan kebaikan demi Zaki.

Setelah 3 hari 2 malam dan hampir 1,000 kilometer kemudian, duit RM13 itu masih langsung tidak digunakan

Image via

Image via

Terbaiklah Zaki! Kau memang bijak. 😀

Semoga Zaki berjaya menyelesaikan misinya yang telah diimpikan sejak dua tahun lalu ini dengan jayanya.
#ZakiBijak
#CancerFighterMalaysia
#CancerBukanTiketUntukMati

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi kisah inspirasi:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: