seismik

"Duit Adalah Segalanya" - Tawar Servis Online Boyfriend, Kembar Ini Raih RM30K Sebulan

Tak sangka banyak demand.

Cover image via TikTok

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, sesiapa saja memang inginkan duit lebih bukan?

Banyak komitmen yang perlu ditanggung, oleh sebab itu ramai mencari pekerjaan freelance untuk mencari duit tepi.

Baru-baru ini, tular pasangan kembar yang meraih sehingga RM30,000 sebulan dengan menawarkan perkhidmatan boyfriend dalam talian telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tawar servis boyfriend online, tak sangka ramai yang langgan

Menerusi video berkenaan, kelihatan dua orang kembar memuat naik gambar mereka di media sosial di TikTok.

Mereka menawarkan perkhidmatan boyfriend dalam talian yang merangkumi perkhidmatan berborak, perkhidmatan video call,  bersiar-siar menaiki skuter di Kuala Lumpur, menghantar bunga pada hari konvokesyen, menghantar makanan, panggilan video dan banyak lagi.

Maliq dan Raihan (bukan nama sebenar) meminta bayaran untuk setiap perkhidmatan yang ditawarkan. Kembar itu dapat meraih sebanyak RM30,000 sebulan jika digabungkan.

Menurut sumber, servis cas untuk bersiar-siar menaiki skuter di Kuala Lumpur berharga RM169, menghantar bunga pada hari konvokesyen pula berharga RM139, menghantar makanan pula RM89 dan panggilan video berharga RM6.

Image via TikTok

"Idea (teman lelaki online) ini terfikir sewaktu belajar di kolej. Jujur saya cakap, bukan nak cakap besar atau sebaliknya, saya memang punyai ramai peminat di kolej.

"Dalam masa sama, saya agak letih melayan mesej atau panggilan telefon dan lain-lain di media sosial akibat terlampau ramai peminat.

"Dari situ, idea datang... kenapa tidak buka perkhidmatan 'on call' untuk yang ada masalah, tak tahu nak cerita dengan siapa, yang 'introvert' atau 'extrovert.

"Pelanggan saya ada pelbagai. Dari muda ke berusia, lelaki dan wanita. Artis, VVIP (kenamaan) semua ada. Macam saya cakap, selagi tak melebihi batas, saya akan teruskan. Maaf cakap, zaman ini duit adalah segala-galanya," katanya.

Image via TikTok
Image via TikTok

Tak sangka pula boleh jadi kerja tetap. Asalkan menjaga batas okaylah :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: