4 Sahabat Dalam Perjalanan Ke Terengganu Hilang Seminggu Dan Disahkan Mati
Setiap yang bernyawa itu pasti merasai mati.
Cover image via Orang Kota - Tinggi/Facebook[TERKINI] "Adik pergi dluuu ea basah pipi ibu adik cium," luahan ibu kepada salah seorang mangsa
Ibu mana yang tidak sedih apabila penantian kehilangan anaknya selama seminggu diakhiri dengan berita kematian. Apatah lagi jika anak tersebut merupakan seorang yang manja dan rapat dengan dirinya.
Begitulah yang dirasai oleh ibu kepada arwah **Abu Izzani Abu Bakar**, iaitu salah seorang mangsa yang dilaporkan maut di dalam kejadian kereta terjunam ke dalam sungai di daerah Mersing, semalam.
Luahan itu dikongsi oleh ibu mangsa melalui akaun Facebook yang bernama **Cekmek Molek M Yusoff**.
Image via Cekmek Molek M Yusoff/Facebook
Dalam *posting* tersebut, mangsa yang mesra dipanggil adik itu dikatakan bersalaman dan sempat mencium pipi ibunya sebelum bertolak ke Terengganu.
**"Adik pergi dulu ea basah pipi ibu adik cium, walaupun dah 21 tahun masih manja,"** tulisnya di posting yang dimuat naik semalam.
Semasa berita kehilangan mereka, beberapa buah masjid berdekatan kawasan perumahan mangsa juga telah mendirikan solat hajat agar mereka ditemui.
Malah, ibu kepada mangsa ini tidak berhenti-henti berdoa sebelum mendapat berita kematian anaknya itu
Image via Cekmek Molek M Yusoff/Facebook
Berita sedih mengenai kejadian yang menimpa ke atas keempat-empat pelajar itu benar-benar membuatkan seluruh rakyat Malaysia merasa pilu. Pilu bagi kita tapi lebih pilu buat hati ibu ini.
Semoga ibu kepada arwah Abu Izzani Abu Bakar dan seluruh keluarga keempat-empat mangsa tabah menghadapi dugaan ini. Sama-sama kita doakan semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Al-fatihah…
16 FEB: Empat sahabat dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke Terengganu sejak 10 Februari, Rabu lalu
Difahamkan mereka bertolak dari rumah di **Bandar Seri Alam, Johor Bahru** ke **Terengganu** untuk bercuti pada jam **9.30 malam** dengan menaiki sebuah kereta **Honda Accord**.
Katanya lagi, empat sahabat itu dipercayai melalui jalan Johor Bahru-Kota Tinggi-Mersing-Rompin untuk ke destinasi percutian yang masih belum diketahui lokasinya secara tepat
Menurutnya lagi, berikutan kejadian itu, kesemua keluarga mangsa terbabit membuat laporan di **Balai Polis Seri Alam**, kelmarin dan sehingga semalam kesemuanya masih belum dapat dikesan malah tiada sebarang maklumat yang boleh menjurus berkemungkinan ada kaitan dengan unsur jenayah.
Image via Orang Kota – Tinggi/Facebook
Bagaimanapun, pagi ini sekeping gambar sebuah kereta Honda Accord yang dipercayai milik mereka terbabas ke dalam sungai mula tersebar di media sosial
Kenderaan tersebut bernombor pendaftaran **JEB 9978** ditemui terjunam ke dalam sebuah sungai berdekatan daerah **Mersing** dalam keadaan terbalik.
Image via Orang Kota – Tinggi/Facebook
Image via Orang Kota – Tinggi/Facebook
Menurut laporan daripada sebuah *page* di Facebook, [Orang Kota – Tinggi](https://www.facebook.com/Orang-Kota-Tinggi-544177075735264/), kenderaan berkenaan ternyata milik mereka dan dilaporkan **dua kereta polis, satu trak bersama satu van bomba** dan **dua ambulans** dari daerah Mersing telah dikejarkan ke tempat kejadian.
Menurut page itu lagi, keempat-empat mangsa tersebut telah meninggal dunia
Image via Orang Kota – Tinggi/Facebook
Berita ini juga telah disahkan oleh Berita Harian melalui laporannya hari ini
Siasatan awal polis mengatakan kereta itu telah terbabas terlebih dahulu sebelum terjunam ke dalam sungai dan kereta Honda Accord itu ditemui dalam sungai oleh pekerja ladang berkenaan pada jam 9.20 pagi tadi sebelum menghubungi polis.
Image via www.bharian.com.my

