Nenek Maut Dalam Kemalangan Ngeri Sehari Sebelum Hari Ibu

Sayu apabila seorang nenek menemui ajal setelah cucu saudaranya hilang kawalan ketika sedang memandu sebuah kereta MyVi menuju ke Kota Bharu, Kelantan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via imgur.com

Seorang warga emas maut apabila kereta yang dipandu cucu saudaranya terbabas sebelum merempuh penghadang jalan dalam kejadian di Kilometer 83, Jalan Kota Bharu-Gua Musang, Sungai Sok, Kelantan pada pagi Sabtu lalu

Dalam kejadian pada pukul 4.45 pagi itu, mangsa Rahimah Mamat, 61, putus kaki kanan apabila penghadang jalan itu menusuk masuk ke dalam kereta

Image via Harian Metro

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai Deputi Superintendan Mohd Azlan Abdul Kadir berkata, ketika kejadian, Perodua Myvi yang dinaiki mangsa sedang dalam perjalanan dari arah Gua Musang menuju ke Kota Bharu

Image via Harian Metro

Kereta itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar penghadang jalan. Mangsa walau bagaimanapun dilaporkan meninggal dunia semasa mendapat rawatan di Hospital Kuala Krai (HKK) pada 8.15 pagi.

Sebelum ini, terdapat satu kes dimana seorang nenek bersama cucunya maut selepas terkena renjatan elektrik di sebuah sawah padi. LAPORAN PENUH DI SINI:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: