seismik

Filem La Luna Didakwa Menghina Islam? Netizen Berpendapat Ia Menunjukkan Realiti Sebenar

Filem ini boleh di tonton di platform Netflix.

Cover image via Wikipedia & Cinema Online

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kecoh baru-baru ini mengenai filem terbaru yang dibintangi oleh Shaheizy Sam dan Sharifah Amani iaitu La Luna

Selepas beberapa hari tayangan dalam platform Netflix, ia ternyata mendapat perhatian ramai termasuklah pendakwah bebas popular iaitu Ustazah Asma' Harun.

Beliau meluahkan rasa kesal dengan filem tersebut kerana ada menyelitkan 'soft porn' dan menegur beberapa watak dalam filem ini yang dilihat bertentangan dengan adab dan nilai dalam Islam.

"Allahu Akbar, banyak lagi babak l*c*h, menghina Islam dan jauh daripada norma Melayu Islam secara teks dan subteks yang digambarkan dalam filem ini dan tidak perlu saya sebutkan di sini. Sungguh ia sangat memalukan," tulisnya.

Lihat ciapannya itu di bawah:

Untuk pengetahuan anda, filem ini mengisahkan tentang seorang wanita (lakonan Sharifah Amani) yang membuka kedai pakaian dalam bernama La Luna di sebuah kampung yang sunyi, malas lagi tidak bermaya iaitu Kampung Bras Basah.

Di sana, dia bertemu dengan seorang pegawai polis duda (Shaheizy Sam) yang mempunyai seorang anak perempuan remaja.

Orang kampung mengalu-alukan kedai La Luna ini tetapi ia ditentang hebat oleh ketua kampung bersifat kuku besi (lakonan Wan Hanafi Su) yang mahu memusnahkan perniagaan itu dengan apa cara sekalipun.

Di bawah adalah potongan klip yang menjadi tular dalam filem tersebut:

Netizen berpendapat filem La Luna tunjuk kehidupan sebenar

Dalam pada itu, ada netizen yang berpendapat filem berkenaan sebenarnya telah menunjukkan kehidupan sebenar dan realiti pada hari ini.

Malah, ada yang tidak bersetuju dengan pandangan daripada pendakwah bebas berkenaan yang memberi komen terhadap filem ini.

Lihat komen-komen netizen di bawah:

Image via X
Image via X
Image via X
Image via X
Image via X
Image via X
Image via X

Ada juga yang berpendapat filem ini sebenarnya telah mengangkat isu wanita

Image via X

Tidak dinafikan, filem ini memang ada kena mengena dengan realiti kehidupan masyarakat sekarang. Apa pendapat anda?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: