seismik

Lelaki Kongsi Realiti Sebenar Bekerja Di Singapura - "Perlu Bersedia Mental & Fizikal"

Dah ready ke nak kerja sana?

Cover image via @jonlzx (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti yang kita tahu, kos kehidupan di Malaysia semakin tinggi

Hal ini membuatkan ramai orang terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan demi meneruskan kelangsungan hidup mereka.

Malah, ada yang sanggup melakukan dua hingga tiga pekerjaan demi menyara hidup. Disebabkan itu, ramai orang memilih untuk bekerja biasa di luar negara kerana gajinya yang lumayan jika balik ke Malaysia.

Antara salah satu negara tersebut ialah Singapura, ramai yang memilih bekerja di Singapura kerana gajinya dan ada yang tidak kisah pun kerja sebagai apa di sana.

Baru-baru ini, seorang lelaki berkongsi pendapatnya dalam sebuah video adakah berbaloi untuk rakyat Malaysia masuk bekerja ke Singapura.

Kongsi perbezaan kerja di Malaysia dan Singapura

Menerusi video tersebut, lelaki itu berkongsi bagaimana pengalamannya bekerja di Singapura. Difahamkan, dia sudah empat tahun bekerja di sana.

Katanya, bekerja di sini tidak banyak perbezaan seperti bekerja di Malaysia. Mengalami sedikit stres dan bekerja lebih masa pasti anda jika bekerja di mana saja pun. Jadi, ia bukanlah satu masalah buatnya.

Kos kehidupan berbeza dari Malaysia

Malah, menurutnya sedikit perbezaan itu adalah kos kehidupan di Singapura lebih rendah jika nak dibandingkan kos kehidupan dari Malaysia.

Baginya, Singapura adalah negara terbaik jika seseorang mahu bekerja luar dari tanah air kerana kestabilan mata wangnya yang jauh lebih tinggi berbanding Malaysia.

Lihat video itu di bawah:

@jonlzx Replying to @ruzty_jay Is it worth working in Singapore for Malaysian? This my typical worklife in Singapore. #worklife #singapore #malaysia #runsgd original sound - Jonathan Lim

Jadi, ada yang nak kerja di Singapura ke lepas ini? :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: