seismik

Peninggalan Penuh Bermakna, Lelaki Minta Orang Ramai Cari Pemilik Asal Duit RM50

Dah lama dah duit tu.

Cover image via Tuah Lim (Facebook) & Selayang Pandang (Gambar sekadar hiasan)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dalam kehidupan kita, pasti kita mempunyai barangan atau benda yang paling bermakna bukan?

Tidak kisahlah daripada siapa, barangan tersebut tentu mempunyai kenangannya. Tambahan lagi, jika pemilik yang memberikannya sudah tiada.

Perkara itu sama seperti posting yang tular di Facebook ini apabila seorang lelaki mencari pemilik asal wang kertas yang dimilikinya ini.

Minta cari pemilik asal sampai jumpa

Menerusi posting tersebut, seorang lelaki dilihat memuat naik sekeping gambar untuk mencari pemilik sekeping duit RM50 yang bertulis satu nota ringkas.

Menurutnya, duit tersebut diterima ketika mengeluarkan wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

"Duit last ayah bagi 11/5/20, Al-Fatihah," tulisan pada wang kertas RM50 itu.

"Kalau ikut tarikh tu tarikh kita PKP, mesti sebab PKP dia terpaksa guna duit ni" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut meraih simpati melihat nota yang ditinggalkan dan memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 7.8K likes, 293 comments dan 11K shares di Facebook.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Facebook:

Lihat posting itu di bawah:

Harap dapatlah jumpa pemilik wang ini :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: