seismik

[GALERI] 10 Kafe Terbaik Di KL Dengan Makanan Halal Pilihan SAYS

Mungkin anda tertanya-tanya sebelum ini adakah kedai-kedai kopi di serata Kuala Lumpur menawarkan hidangan halal? Di sini, SAYS menyediakan 13 kafe di Kuala Lumpur yang halal khas kepada pembaca setia kami.

Cover image via staticflickr.com

1. SOULed OUT - Sri Hartamas dan Jalan Ampang

Image via imgur.com

SOULed OUT bermula pada tahun 1996 sebagai sebuah kafe kejiranan kecil di Mont Kiara. Dengan menu sederhana yang memaparkan campuran kegemaran, ia telah memenangi hati ramai orang dengan personaliti yang mudah dan mesra. Hari ini, SOULed OUT telah berkhidmat kepada lebih lima juta pelanggan.

Image via asia-bars.com

Berbekalkan slogan 'as good as a hug', kunjungan ke SOULed OUT adalah seperti pulang ke rumah. Ia adalah tempat yang sempurna bagi rakan-rakan dan ahli keluarga untuk meluangkan masa bersama.

Image via photobucket.com

Alamat penuh (Hartamas): 20, Jalan 28/70a, 50480 Kuala Lumpur, Sri Hartamas.

Alamat penuh (Jalan Ampang): 187, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.

2. The Good Batch - Damansara Uptown

Image via akamaihd.net

The Good Batch mempunyai potensi untuk menjadi tempat yang popular di kalangan penggemar kopi dan makanan lazat. Kombo sarapan lewat pagi (brunch) dan bar sepanjang hari menjadi sebab kenapa The Good Batch adalah salah satu kafe yang mesti dilawati sekiranya anda berada di Damansara Uptown.

The Good Batch banyak menawarkan hidangan berasaskan telur. Di samping itu, pelaksanaan sentuhan Malaysia ke dalam makanan fusion mereka berjaya memberi satu perubahan yang amat menarik kepada hidangan.

Image via blogspot.com

Alamat penuh: 53, Jalan SS 21/1A, Damansara Uptown, Petaling Jaya, Selangor.

3. Nutmeg - Bangsar Village

Image via akamaihd.net

Nutmeg di Bangsar Village adalah sebuah perusahaan milik keluarga, yang terdiri daripada dua adik-beradik ipar, Gordon dan William. Jika ada kelapangan, Gordon akan menyambut kedatangan pelanggan & menjadi pemerhati kepada keseluruhan perkhidmatan kedai, manakala William menjaga perihal menu dan masakan yang disediakan.

Apa yang istimewanya di Nutmeg ialah anda mempunyai pilihan untuk memesan makanan sarapan pagi pada waktu malam yang sangat jarang dilakukan oleh mana-mana kedai makan yang lain. Kelainan ini yang membuatkan Nutmeg unik dan versatile.

Alamat penuh: UGF-28A, Bangsar Village II, 2 Jalan Telawi 1, Bangsar Baru, 59100, Kuala Lumpur.

4. Three Little Birds Coffee - Sentul D7 dan Desa ParkCity

Image via tripadvisor.com

Kafe Three Little Birds Coffee adalah khusus untuk penggemar kopi. Terletak di sebelah taman yang cantik serta mempunyai penataan cahaya matahari yang terang dan semulajadi, sesiapa yang berkunjung pasti akan berasa terpikat dengan suasananya.

Konsep "kafe dalam taman" ini berjaya menambat hati pengunjung yang ingin bersantai sambil menikmati hidangan ringan yang menyelerakan. Kini mempunyai dua buah cawangan iaitu di The Waterfront @ Desa ParkCity dan juga di D7 Sentul East.

Alamat penuh (Sentul): D7 Jalan Sentul, 51000 Kuala Lumpur.

Alamat penuh (Desa ParkCity): GF-08D, The Waterfront @ Desa ParkCity.

5. Wondermilk - Damansara Uptown

Image via blogspot.com

Wondermilk telah beroperasi selama bertahun-tahun. Wondermilk mempunyai hiasan dalaman yang cantik & santai serta menawarkan persekitaran mesra dengan semua tempat duduk yang luas & selesa.

Image via flickr.com

Kini terdapat tiga cawangan iaitu di Damansara Uptown, Publika, dan Citta Mall. Wondermilk sangat terkenal dengan kek cawan yang lazat dan berwarna-warni. Ia juga menyediakan hidangan seperti sandwich, hotdog dan lain-lain.

Alamat penuh: 41, Jalan SS 21/1a, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor.

6. Podgy Kurau

Podgy Kurau tidak menawarkan menu yang mewah. Tempat ini popular sebagai tempat sarapan pagi kerana kebanyakan hidangannya berasaskan telur, roti dan kopi yang sihat.

Kafe ini merupakan antara kafe paling popular di sekitar Bangsar, dengan pengunjungnya terdiri daripada semua peringkat umur termasuk kanak-kanak.

Alamat penuh:  5, Lorong Kurau, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

7. A Pie Thing - Damansara Uptown

Walaupun tidak mempunyai sijil halal, A Pie Thing tidak menghidangkan sebarang alkohol atau daging khinzir. Menurut sumber dalaman juga, segala sumber daging yang diperoleh adalah daripada pengedar yang halal. Jadi, tiada ada keraguan lagi mengenai status halal kafe ini.

A Pie Thing adalah sebuah restoran yang dibuka di Damansara Uptown. Menerusi namanya, mereka sememangnya pakar dalam penghasilan pai yang tidak boleh dijumpai di mana-mana restoran di Kuala Lumpur, malah di seluruh Malaysia.

Alamat penuh: 128G, Jalan SS21/35, Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor.

8. Feeka Coffee Roasters - Jalan Mesui, Bukit Bintang

Image via blogspot.com

Terletak di tengah-tengah kawasan pelancongan KL di Jalan Mesui, Bukit Bintang, Feeka Coffee Roasters menyediakan tempat yang sempurna untuk persinggahan pada hujung minggu dengan lantai kayu dan hiasan dalaman yang cantik.

Dari pemilihan sarapan dan juga makan tengahari, hidangan yang disediakan cukup untuk membuat anda mahu datang kembali ke tempat ini.

Alamat penuh: 19, Jalan Mesui, Kuala Lumpur.

9. Artisan Roast Coffee - Taman Tun Dr Ismail

Image via blogspot.com

Artisan Roast Coffee adalah pilihan yang boleh dipercayai apabila anda hanya mencari kopi yang baik. Orang ramai tidak pernah gagal untuk membanjiri kafe ini terutama pada hari minggu. Mocha di sini adalah mungkin yang terbaik boleh ditemui, dengan campuran coklat Valrhona yang lazat.

Image via blogspot.com

Kafe ini sempurna untuk dijadikan tempat untuk berkumpul bersama rakan-rakan dan ahli keluarga untuk menikmati hidangan yang memuaskan dan pada harga yang berpatutan.

Image via tripadvisor.com

Alamat penuh: 4, Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Selangor.

10. Wood & Steel - The Strand, Kota Damansara

Terletak di The Strand, Wood & Steel berada dalam kedudukan yang sangat strategik dan mudah dilawati oleh orang ramai yang melalui jalan utama. Biasanya, kedatangan akan disambut dengan aroma kopi yang memukau sekali gus membuat anda tidak mahu meninggalkan kafe ini. Susu berbuih di atas cawan yang seimbang dengan rasa kopi yang lazat dan panas, menjadikan setiap sedutan sangat memuaskan.

Untuk benar-benar menikmati suasana makan yang baik di Wood & Steel, anda disyorkan untuk datang di luar waktu puncak. Disebabkan namanya yang kini semakin popular di kalangan peminat kopi, kafe ini selalunya penuh pada waktu makan tengah hari dan makan malam, terutama pada hari minggu.

Alamat penuh: 33G, Jalan PJU 5/20E, The Strand, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Disclaimer: Beberapa kafe dalam senarai di atas mungkin ada menawarkan minuman alkohol. Namun, kafe yang disenaraikan telah menjamin sumber daging yang disediakan kepada para pelanggan diperoleh daripada pengedar yang Halal.

Nakkan lebih kopi? Jangan lupa untuk KLIK pada artikel di bawah:

You may be interested in: