seismik

[GEMPAR] Pesawat Pejuang Hilang Dan Terputus Hubungan, TUDM Lancar Operasi SAR

Hubungan terputus pada 11.30 pagi tadi.

Cover image via Royal Malaysian Airforce

Markas Tentera Udara mengesahkan sebuah pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis Hawk 108 dikhuatiri hilang di persekitaran Utara Kuantan

Pesawat jenis Hawk 108.

Image via Royal Malaysian Airforce

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, TUDM memaklumkan pesawat itu berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada jam 11 pagi dan terputus hubungan pada jam 11:30 pagi.

Sehubungan dengan itu, pihak TUDM kini telah mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR)

Kejadian terakhir yang membabitkan kemalangan juruterbang berlaku tahun lalu apabila sebuah pesawat jenis Beechcraft King Air 200T terhempas di Pengkalan Udara TUDM di Pulau Pinang, mengorbankan seorang juruterbang.

Sejak tahun 1991, dilaporkan 2 kejadian berlaku membabitkan pesawat Hawk 108, iaitu pada 18 Jun 1996 dan 2 Oktober 2000.

"Sebarang perkembangan lanjut mengenai insiden ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," kata TUDM.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: