Ini Senarai Barang Makanan Yang Akan Dikenakan GST Dan Lebih Mahal Mulai 1 Julai

Bersedialah untuk membayar lebih mulai bulan depan.

  • [TERKINI] Jabatan Kastam Batalkan GST ke atas lebih 60 barang makanan mulai Julai

    • Baru sahaja pagi tadi tersebar berita mengenai pelaksanaan GST ke atas lebih 60 barang makanan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah membuat keputusan untuk membatalkan perkara tersebut.

      JKDM mengumumkan perkara ini menerusi sebuah kenyataan akhbar yang disiarkan di laman FB Jabatan Kastam Diraja Malaysia pada jam 1.38 tengah hari tadi.

      Baca kenyataan penuh di bawah:

  • 9am, 19 Jun 2017: Bermula 1 Julai, lebih banyak barang makanan akan dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 6%

    • Dua tahun selepas kerajaan memperkenal GST pada bulan April 2015, lebih daripada 60 barang makanan yang sebelum ini berkadar sifar atau dikecualikan daripada GST akan dikenakan cukai.

      Menurut Perintah Cukai Barang Dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) (Pindaan) (No. 2) 2017, yang telah diterbitkan dalam Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 6 Jun 2017, cukai ke atas barang makanan akan berkuat kuasa pada 1 Julai dan seterusnya.

      Pengguna di Malaysia boleh menjangkakan kenaikan harga yang lebih tinggi kerana barang-barang makanan tersebut sebelum ini tidak dicukai.

  • Senarai barang makanan yang bakal dikenakan cukai mulai 1 Julai:

    • • Makanan laut seperti belut, ikan todak, dan sotong.

      • Buah-buahan seperti alpukat, kurma (segar), buah ara (segar), anggur (segar atau kering), aprikot, ceri, pic (termasuk nektar), buah plum dan sloes (segar).

    • • Sayur-sayuran seperti kentang, kacang, kacang panjang, kacang peas, bayam, bayam New Zealand dan bayam orache (bayam taman), jagung manis, zaitun, timun dan gherkin, dan cendawan agaricus genus.

    • • Makanan harian seperti bihun beras (termasuk bee hoon), kuey teow, mee laksa, dan minyak kelapa.

    • • Rempah seperti safron.

      • Teh hijau (tidak ditapai) dalam bungkusan segera dengan kandungan tidak melebihi 3kg dan teh hijau lain (tidak ditapai), dan kopi.

      Senarai lengkap barang makanan yang akan dikenakan cukai boleh didapati di laman web kastam atau laman web Kerajaan Persekutuan.

  • Perkara ini disahkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kastam, Datuk Subromaniam Tholasy

    • "Ia hanya beberapa barangan yang jarang digunakan oleh orang ramai," katanya.

      Satu kenyataan penuh mengenai perkara ini akan dikeluarkan pada hari ini, 19 Jun.

  • LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

  • Bukan itu saja, Cukai Pelancongan pun akan bermula pada Julai:

Leave a comment