seismik

Unta Pun Nak ‘Join’ Pertandingan Ratu Cantik Dunia. Juara Akan Bawa Pulang RM137 Juta!

Ingat kita saja yang ada pertandingan ratu cantik? Unta pun ada tau.

Cover image via Daily Mail

Kalau sebelum ini pertandingan ratu cantik telah dipelopori oleh para wanita, kini unta pun turut serta

Festival ini merupakan festival yang telah lama diadakan sejak dulu lagi. Ianya menggambarkan warisan kebudayaan kerajaan Arab Saudi, dimana pemilik unta datang berkumpul untuk bertanding bersama unta mereka dalam pertandingan ratu cantik.

Sebanyak 300,000 ekor unta akan menyertai pertandingan untuk merebut gelaran unta yang paling cantik di Jeddah pada hujung bulan ini. Acara tersebut akan diadakan di Riyadh sempena Festival Tahunan Unta Raja Abdulaziz.

Hadiah yang akan dibawa pulang oleh juara pertandingan ini bukanlah hadiah yang biasa-biasa ya. Juara akan membawa hadiah wang tunai sebanyak £25 juta iaitu bersamaan dengan RM137 juta, banyak betul!

Image via Daily Mail

"Paling penting, unta tidak boleh dihiasi oleh pemilik serta perlu memiliki kecantikan semula jadi," kata Dr. Talal Al Torifi selaku jurucakap festival

Bagi mencari juara yang sesuai untuk membawa pulang mahkota ratu cantik ini, para peserta akan dinilai mengikut kriteria yang ditetapkan. Setiap unta juga perlu mematuhi peraturan yang ketat untuk memasuki pertandingan tersebut. Antaranya adalah untuk memiliki kecantikan asli seperti bulu mata panjang, bonggol yang sempurna, kepanjangan leher dan juga bibir.


Pertandingan ratu cantik ini terdiri daripada lima kategori utama mengikut baka dan warna unta, antaranya ialah:
1. Maghateer
2. Majaheem
3. Sufur
4. Shuol
5. Homr

Image via Daily Mail
Image via Daily Mail

Antara baka yang menjadi perhatian dalam pertandingan itu adalah unta putih Al Wadah, unta hitam Al Majahateer dan unta merah Al Homor

Mengikut tradisi, para lelaki akan berkumpul untuk memulakan acara dengan perarakan bersama unta-unta mereka. Festival ini merupakan antara acara terbesar disana di mana lebih dari 2 juta orang akang menghadiri festival ini untuk menyaksikan unta-unta tercantik berkumpul di padang pasir. Para penonton termasuk kerabat diraja, selebriti, pereka fesyen terkenal dan juga atlet.

Festival ini akan berlangsung pada 19 Mac hingga 15 April 2017, boleh lah singgah ke Jeddah jika anda ingin menyaksikan acara ini!

Image via Daily Mail

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Kalau di China, berlainan pula ceritanya:

You may be interested in: