seismik

[VIDEO] Kejam! Haiwan Hidup Dijual Dalam Beg Plastik Dan Dijadikan 'Key Chain' Di China

Kejamnya manusia.

Cover image via SAYS via Mei Mei Chu

Kejam, dahsyat, dan mengerikan!

Sebaik melihat video di bawah, terus kelu lidah kami untuk berkata-kata. Tak sangka produk sebegini ada dijual di tepi jalan di China.

Live animal keychains are still being sold in China

Horrible find in Xiamen, China. I saw this on FB a couple of years ago but never thought I'd actually come across it.

These things are cheap, selling for only 15-20RMB (USD$2-3). It's terrifying how businessmen could find it acceptable to turn animal lives into disposable objects. What's more terrifying is that the people around me actually thought it amusing. There was a demand.

The sight of it made me sick. But I don't think it would compare to the constant seasick the baby terrapins, fish and salamander would feel as they precariously hang off the handle of a bag, and get carelessly tossed onto tables and into bags.

Posted by Mei Mei Chu on Tuesday, February 28, 2017

Video di atas telah dirakam oleh seorang travel blogger Mei Mei Chu yang juga merupakan seorang penulis di The Star pada bulan lalu ketika lawatannya ke Xiamen, China. Mei menemui key chain ini dijual di pasar Zeng Cuo'an iaitu salah satu tempat tumpuan pelancong.

Menurut Mei, satu key chain ini dijual pada harga 15 yuan hingga 20 yuan (RM9.70 - RM12.90). Paling gila, orang-orang di situ rasa terhibur dan langsung tidak terkesan melihat koleksi key chain haiwan hidup ini.

Kesemua haiwan masih bernyawa dan boleh bergerak di dalam plastik kecil itu, tetapi tidak mempunyai ruang untuk pusing ke arah berlainan

Image via Mei Mei Chu

Anak tuntung, ikan, dan cicak dimasukkan ke dalam beg plastik kecil berisi air beroksigen yang telah dicelup warna neon terang. Turut dimasukkan ke dalam kantung plastik adalah satu pellet, yang berfungsi sebagai makanan untuk haiwan berkenaan.

Sejurus dimasukkan, haiwan-haiwan malang tersebut hanya boleh menghadap ke satu arah sahaja.

Lebih mengejutkan, haiwan-haiwan itu tidak perlu diberi makan langsung selama 3 bulan

Tidak pasti sudah berapa lama haiwan-haiwan tersebut dimasukkan ke dalam kantung plastik kecil sebelum dijual. Namun, menurut penjual di situ, pembeli tidak perlu memberi makan langsung kepada haiwan-haiwan hidup itu selama 3 bulan.

Papan tanda ini memberitahu pembeli tidak perlu memberi makan kepada haiwan selama 3 bulan.

Image via Mei Mei Chu

Jadi, apa akan berlaku selepas 3 bulan? Haiwan-haiwan malang itu akan mati terseksa di dalam kantung beg plastik berkenaan.

Walaupun pelbagai petisyen telah dibuat untuk menghentikannya, produk ini masih dijual berleluasa di China

Gambar key chain kontroversi yang mengandungi haiwan hidup ini mula mendapat perhatian seawal tahun 2011. Aktivis hak asasi haiwan mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan ini dan melabelnya sebagai satu kekejaman terhadap haiwan.

Satu petisyen yang dibuat 4 tahun lalu.

Image via change.org

Bercakap kepada The Star, Profesor Hydroekologi, Dr Sam Walton berkata bukan sekadar kekurangan oksigen dan makanan yang membunuh haiwan-haiwan ini

Image via Mei Mei Chu

"Mungkin terdapat oksigen dan makanan yang mencukupi di dalam kantung plastik itu tetapi sisa haiwan dari pencernaan dan pernafasan adalah toksik dan akan membunuh mereka. Haiwan-haiwan ini pada dasarnya akan meracuni diri dengan ammonia," kata Dr Walton, bekas pensyarah penyelidikan di Universiti Malaysia Terengganu dalam satu temubual bersama The Star.

"Haiwan Akuatik adalah sangat sensitif terhadap turun naik suhu. Kejutan suhu ini dan kejutan fizikal daripada goncangan mungkin akan membunuh haiwan-haiwan ini sebelum perkara lain," katanya lagi.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Sebelum ini, lawatan Mei Mei Chu ke Pulau Kapas juga menemukan sesuatu yang kurang enak untuk dilihat:

You may be interested in: