seismik

[VIDEO] Halang Kereta Lain Masuk, Tindakan Wanita Selamba ‘Cop Parking’ Ini Teruk Dikecam

Tak ada sivik.

Cover image via Hey XpG (Facebook)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum sedia maklum, cuti sekolah sudah pun bermula dan ramai ibu bapa yang membawa anak-anak bercuti

Walaupun jalan raya sesak dengan kenderaan, masing-masing tidak melepaskan kesempatan untuk berjalan-jalan terutamanya di pusat beli-belah.

Namun, tular pula sebuah video baru-baru ini menunjukkan rakaman seorang wanita bertindak berdiri di tempat letak kereta untuk cop parking telah dikecam ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Selamba halang kereta untuk cop parking, siap tersengih-sengih

Menerusi rakaman yang dikongsi oleh Hey XpG atau gamer yang dikenali sebagai Sya itu, situasi tersebut terjadi kepada adiknya yang ingin masuk ke tempat letak kereta shopping mall.

Apa yang membuatkannya geram adalah apabila seorang wanita warga Singapura bertindak berdiri di parkir yang sepatutnya dia ingin masuk.

Adiknya siap memberikan signal terlebih dahulu setelah melihat sebuah kenderaan ingin keluar dari parkir tersebut.

Namun, apa yang lebih menyakitkan hati adalah apabila wanita tersebut dengan selamba bermain telefon sambil tersengih-sengih tanpa rasa bersalah.

"Saya orang Singapore tengok ni pun saya tak faham kenapa nak kena buat macam ni. Tak kisah kat bumi mana pun, this is wrong and disrespectful" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah mendapat 1.1K likes, 1.2K comments dan 5.6K shares di Facebook.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut mengecam tindakan wanita itu yang tidak beradab melakukan sedemikian.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di Facebook:

Dia ingat main music chair ke apa nak cop-cop macam tu. Geram pula kita tengok!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: