[VIDEO] Wanita Ini Beli Sotong Celup Tepung, Sekali Tak Sangka Yang Dapat Mengecewakan
Mesti ramai pernah kena juga kan?
Sudah menjadi rutin bagi kita yang sibuk bekerja untuk membungkus makanan
Hal ini kerana kita tidak sempat masak, lebih-lebih lagi jika kerja terlalu banyak ditambah pula dengan uruskan hal anak-anak. Memang agak suntuk masa untuk memasak. Jadi, bungkus makanan saja cara yang paling mudah.
Namun, sudah tentu kita kecewa jika makanan yang dipesan bukan saja mahal, tetapi menghampakan betul tak?
Seperti apa yang terjadi kepada wanita ini apabila dia membeli sotong celup tepung di sebuah restoran telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tak nampak macam sotong celup tepung, tapi macam donut sebab tepung tebal sangat
Menerusi video yang dimuat naik oleh @izzahrahimofficial0411, kelihatan wanita itu baru saja membuka plastik makanannya yang berisi sotong celup tepung itu.
Apa yang mengecewakan adalah apabila sotong celup tepung itu tidak seperti apa yang dia inginkan. Ia nampak seperti donut yang hanya tebal dengan tepung.
Malah, isi sotong di dalam tepung itu terlalu nipis dan tidak berbaloi dengan harga yang dibeli iaitu RM15.
"Pernah sekali kena, sampai hari ni tak masuk dah kedai tu. Baik goreng sendiri lagi sedap" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 128.3K tontonan, 3K tanda suka dan 143 perkongsian di TikTok.
Rata-rata netizen turut meluahkan pendapat masing-masing mengenainya. Malah, ramai juga pernah terkena seperti wanita itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di tikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!