Guru Palestin Ini Telah Dinobat Guru Terbaik Dunia 2016 Walaupun Hidup Derita Sejak Kecil
Tahniah cikgu Hanan!
Cover image via www.oaj.fi"Kita, guru boleh mengubah dunia."
Begitulah kata-kata yang diucapkan **Hanan Al Hroub**, guru wanita Palestin yang berjaya merangkul Anugerah Guru Global 2016. Anugerah itu dianjurkan oleh Yayasan Varkey dalam satu majlis sempena **Forum Pendidikan dan Kemahiran Global 2016** yang berlangsung di Atlantis The Palm, Dubai, UAE.
Image via www.sinarharian.com.my
Hanan dalam ucapannya mengatakan kemenangan beliau adalah 'kemenangan kepada seluruh guru di seluruh dunia dan di Palestin'
Image via BBC Indonesia
Beliau yang dibesarkan di kem pelarian itu mula menceburi bidang pendidikan selepas melihat sendiri bagaimana anak-anaknya takut ke sekolah kerana pergolakan yang melanda negara Palestin
Menurutnya, dia berimpian untuk mendidik warga Palestin untuk terus cemerlang dalam hidup dan tidak mahu ketakutan menjadi penghalang untuk anak-anak Palestin mendapat pendidikan demi masa depan mereka.
Image via www.piyunganonline.org
Kemenangan itu membolehkan Hanan membawa pulang hadiah wang AS$1 juta (RM 4.1 juta) dan sebuah trofi kemenangan
Trofi kemenangan disampaikan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Emiriah Arab Bersatu, UAE, Sheikh Mohammed Rashid al-Maktoum.
Image via www.hidayatullah.com

