seismik

"She Makes Me Disappointed This Year" - Ibu Luah Perasaan Kecewa Anak Dapat 4A Dalam UPSR

Ingatkan 4A dah cukup bagus.

Cover image via www.mynewshub.cc

Lumrah sebagai seorang ibu, pastinya mahu memberikan hanya yang terbaik untuk anak-anak

Ibu mana yang tak sayang anak kan? Dari kecil hinggalah ke dewasa, kasih sayang yang dicurahkan ibu terhadap anak-anak tetap tidak pudar. Ibu sentiasa berada disisi anak dalam apa jua keadaan.

Dan lumrah juga bagi si anak untuk sentiasa mahu menghadiahkan sesuatu yang istimewa kepada si ibu yang telah banyak berkorban

Walaupun jasa ibu tidak terbalas, anak-anak akan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan dalam hidup, dengan harapan untuk membahagiakan ibu dan memberi kegembiraan kepadanya.

Namun begitu, tidak semua anak bernasib baik. Contohnya dalam kes ini di mana si ibu dilihat sangat kecewa dengan pencapaian si anak yang HANYA mendapat 4A dalam peperiksaan UPSR.

Mungkin bagi kebanyakan orang, keputusan 4A dalam UPSR boleh dianggap cukup memberangsangkan. Maklumlah bukan semua orang mampu untuk dapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Tetapi tidak bagi ibu ini.

Dia yang terlalu kecewa telah memuat naik satu luahan perasaan di Facebook, beserta beberapa keping gambar kertas peperiksaan anaknya. Si ibu ini menyatakan betapa kecewanya dirinya melihat anaknya hanya mendapat 4A dan mendapat nombor 7.

Menurutnya lagi, anaknya yang sebelum ini tiap-tiap tahun dapat top 3 kini tidak lagi berada dalam kelompok terbaik gara-gara "banyak main"

Si ibu rasa sangat terkilan kerana anaknya tidak lagi layak untuk naik ke pentas bagi menerima hadiah kecemerlangan.

Kali ini, dia juga didapati enggan memberi apa-apa hadiah kepada anaknya sambil menganggap bahawa anaknya itu sepatutnya boleh lakukan lebih lagi.

Apa kata netizen? Sikap si ibu yang tidak boleh menerima hakikat ini mendapat kritikan hebat di laman sosial. Anak dapat 4A pun tak puas hati lagi?

Harus diingat, UPSR bukanlah segala-galanya. Ada banyak lagi cabaran yang perlu si anak tempuhi dalam hidup untuk berjaya. Bertolak ansur lah sedikit wahai ibu.

Image via imgix.net

Kesian si anak yang telah berusaha. Mungkin bukan rezekinya untuk mendapat 5A dalam UPSR. Apa-apa pun, perjalanan masih jauh. UPSR tidak boleh dijadikan sebagai kayu pengukur bagi kejayaan seseorang. Semoga si anak terus tabah dan gandakan lagi usaha dalam mencapai kegemilangan pada masa akan datang.

Anda juga mungkin meminati:

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: