Ibu Tikam Anak 2 Tahun 28 Kali Sehingga Usus Terburai Dan Mati
Si ibu dipercayai menghidap sakit mental.
Jumaat lalu, seorang kanak-kanak berusia 2 tahun dilapor maut setelah ditikam oleh ibunya sendiri sebanyak 28 kali
Suspek, Pretty Juliana Ningsih Hasibuan, 32, telah menikam badan anaknya, M Altahir, 2, sebanyak 28 kali dengan dua pisau dapur.
Tragedi ini berlaku di rumah abangnya di Jalan Dahlia Ujung, Lingkungan IV, Desa Suka Makmur, Kecamatan Delitua, Sumatera Utara.
Menurut laporan, Pretty tinggal bersama abang kandungnya dan mengalami kemurungan sejak 12 tahun lalu setelah ditinggalkan suami
Pretty dibawa ke Rumah Sakit Jiwa di kawasan Medan Tuntungan selepas kejadian untuk disiasat
"Kami lakukan siasatan untuk mengetahui sejauh mana tahap depresi dan kemurungan yang dialami oleh beliau. Sepanjang tempohnya di sini, beliau akan dirujuk kepada pakar psikiatri," lapor sumber.
Pretty difahamkan mengalami halusinasi yang dahsyat. Ketika kejadian, Pretty menyangka bahawa beliau sedang menikam seorang perompak yang masuk ke dalam rumah.
Pretty ternampak bayangan seorang perompak masuk ke rumah abangnya lalu bertindak mengambil dua bilah pisau di dapur. Selepas itu, beliau menikam 'perompak' tersebut berkali-kali tanpa menyedari sebenarnya individu yang ditikam itu adalah anaknya sendiri.
"Kami sempat bercakap dengan dia dan dia berkata dia sudah menangkap perompak yang memasuki rumahnya," kata Muliadi, RT setempat.
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!