seismik

Ini 8 Masjid Tanpa Kubah Di Malaysia Yang Anda Boleh Lawati

Masjid tanpa kubah, macam mana tu?

Cover image via Asrol Affandi & designandarchitecture.com

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pernah tak anda terfikir yang tak semua masjid ada kubah? Malah masjid yang terkenal dan seluruh rakyat Malaysia tahu pun tak ada kubah. Biar betul!

Image via giphy.com

Ini antara senarai 8 masjid tanpa kubah di Malaysia yang anda boleh lawati:

1. Masjid Daing Abdul Rahman, Johor Bahru

Pada awalnya tapak masjid ini terdapat sebuah surau iaitu Surau Nusa Idaman. Sebelum itu surau tersebut berada di sebuah rumah kedai. Pada akhir 2010 dana sebanyak RM36,000 berjaya dikumpul dan pembinaan surau diteruskan. Kemudian, pada awal 2012, Surau Nusa Idaman diberi kebenaran untuk mengadakan solat Jumaat.

Perancangan untuk menaiktaraf Surau Nusa Idaman menjadi masjid diteruskan pada 2017 apabila sumbangan terkumpul mencecah sebanyak RM1.2 juta beserta dana tambahan yang diterima daripada seorang penderma.

Dalam jangka masa 2 tahun pembinaan, masjid tersebut akhirnya siap. Masjid kemudiannya dinamakan dengan Masjid Daing Abdul Rahman Nusa Idaman, Iskandar Puteri. Masjid Daing Abdul Rahman Nusa Idaman mula beroperasi untuk jemaah beribadah pada awal Februari 2019.

2. Masjid Cyberjaya 10, Cyberjaya

Masjid ini mengambil inspirasi daripada masjid-masjid terdahulu di rantau ini yang mempunyai kepekaan tinggi terhadap iklim dan cuaca tempatan. Masjid Cyberjaya 10 mengetengahkan pembinaan hijau dengan elemen tradisional seperti penggunaan kayu, batu-bata dan konkrit.

Apa yang membezakan Masjid Cyberjaya 10 ini dengan masjid-masjid yang lain adalah bangunan ini dibina bukan sahaja untuk jemaah muslim bahkan untuk seluruh komuniti yang berlainan bangsa dan agama.

Masjid Cyberjaya 10 ini juga dilengkapi dengan Pusat Dialisis dengan 12 ruang dialisis, bilik perundingan, bilik rawatan dan bilik utiliti. Pusat Dialisis ini juga dikelilingi oleh landskap hijau yang tenang dan terbuka kepada orang awam.

Dewan Solat Utama boleh memuatkan seramai 2,050 orang dengan pengcahayaan serta sistem pengudaraan secara semula jadi yang membantu menjimatkan penggunaan tenaga. Masjid Cyberjaya 10 juga dilengkapi dengan kolam air yang berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan dan pada masa yang sama membantu mengawal suhu di dalam masjid ini.

3. Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya

Image via atsa.com

Juga di Cyberjaya, kerja-kerja reka bentuk masjid ini bermula pada awal tahun 2012 dan siap pada tahun 2015. Reka bentuk Masjid ini diinspirasikan daripada reka bentuk Masjid Negara di Kuala Lumpur yang telah disiapkan pada tahun 1965.

Dengan kapasiti kira-kira 8,300 orang, masjid itu direka bentuk lebih daripada tempat ibadat, kerana ia juga akan digunakan sebagai pusat tempatan untuk aktiviti Islam.

Halaman tengah yang besar dengan pokok tandatangan tinggi yang terletak di hadapan dewan solat utama juga direka bentuk untuk memudahkan pengudaraan semula jadi dan pencahayaan semula jadi ke tingkat di atas.

Masih ada elemen kubah pada masjid ini tetapi ia telah dimodenkan menggunakan bentuk geometri. Udara panas yang meningkat diekstrak dan dilepaskan melalui ventilator yang diletakkan di bahagian atas bahagian bawah kubah dan betul-betul di bawah puncaknya, sekali gus membebaskan udara panas yang terperangkap dan mengurangkan suhu di dewan solat.

4. Masjid Kampung Hulu, Melaka

Dibina pada 1728, Masjid Kampung Hulu adalah antara masjid tertua yang berfungsi di Malaysia di lokasi asalnya, di sudut Jalan Masjid Kampung Hulu dan Jalan Masjid di daerah komersial lama, kini didominasi oleh rumah kedai kaum Cina.

Difahamkan ketika dijajah Portugis yang menghancurkan semua rumah ibadah bukan Kristian, namun begitu lain pula bagi penjajah Belanda bukan sahaja menyokong malah dikatakan antara pembiaya masjid semasa penjajahan mereka.

Sebelum itu, Portugis telah memusnahkan semua tanda pertubuhan bukan Kristian semasa pendudukan mereka pada tahun 1511. Ini termasuk meruntuhkan masjid pertama Melaka.

Seperti masjid-masjid lain di Melaka, pengaruh seni bina Cina terserlah di Masjid Kampung Hulu seperti mahkota yang menjulang di atas bumbung dan cucur atap yang melengkung. Ia turut menggabungkan bahan yang diimport dari Empayar Qing China, seperti bumbung seramik dan jubin lantai.

5. Masjid Kampung Laut, Kelantan

Image via Asrol Affandi

Masjid Kampung Laut dianggap sebagai masjid tertua di Malaysia iaitu dipercayai dibina di sekitar kurun ke-15. Pada tahun 1967, Masjid Kampung Laut pernah dipindahkan dari tapak asalnya ke Nilam Puri, Kota Bahru, Kelantan. Ini berikutan banjir berulang di lokasi asalnya dan Persatuan Sejarah Malaysia merasakan masjid itu tidak lagi selamat di situ.

Keunikan Masjid Kampung Laut terletak pada keseluruhan binaan yang terdiri daripada kayu cengal dan tanpa menggunakan sebarang paku, selain kehalusan ukiran yang menjadi tarikan utama kepada pelancong, penyelidik serta pelajar seni bina.

Masjid ini telah dipindahkan ke lokasi asalnya sebagai khazanah warisan Kelantan serta tarikan pelancongan. Pemindahan semula ke Kampung Laut adalah sebahagian daripada projek Pembangunan Semula Kampung Laut sebagai 'Kampung Warisan', di samping dua kompleks komersial yang terletak berhampiran, iaitu Laman Warisan Seni dan Laman Warisan Serunding yang juga telah siap dibangunkan.

6. Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Muar

Image via xshamx

Masjid Jamek Sultan Ibrahim, juga dikenali sebagai Masjid Jamek Muar terletak bersebelahan dengan Istana Sultan Johor yang terletak di tepi Sungai Muar, di bandar Muar. Kerja pembinaan bermula pada 15 Februari 1925 dan mengambil masa lima tahun untuk disiapkan. Masjid berbentuk empat segi dengan lima atap berbentuk rabung (bumbung perabung lima) ini direka oleh Sulaiman bin Haji Alias, seorang pelukis di Johor.

Masjid ini menampilkan seni bina berinspirasikan zaman Victoria. Walau bagaimanapun, ia mempunyai beberapa pengaruh seni bina tempatan seperti penambahan papan fascia yang direka dengan ilham rebung, dan simbol bulan dan bintang pada menara yang merupakan lambang rasmi masjid pada era itu.

Dewan solat utama boleh memuatkan kira-kira 2,000 jemaah. Ruang jemaah wanita dipisahkan dengan penggunaan langsir dan terletak di bahagian belakang dewan dan di sebelah kiri. Di dalam dewan ini terdapat pintu-pintu yang diukir cantik dengan motif bunga, bulan dan bintang.

7. Masjid Negeri, Negeri Sembilan

Rekabentuk Masjid Negeri yang dibina pada tahun 1967 ini begitu simbolik. Sembilan tiang, sembilan ruang dan sembilan anjung tambahan yang dibina menggambarkan struktur politik negeri di mana Negeri Sembilan yang satu ketika mempunyai sembilan daerah pentadbiran.

Rekabentuk masjid ini sangat unik dan menarik dimana ia merupakan senibina moden bercampur elemen tradisional iaitu senibina Minangkabau. Masjid ini mempunyai tiga aras. Aras pertama terletaknya bilik air, bilik wuduk, bilik kuliah, Perpustakaan Islam dan juga Pejabat Pentadbiran Masjid. Aras kedua terletaknya dewan solat utama dan juga ruang solat sisi. Di ruang solat sisi, pengunjung boleh melihat keindahan Taman Tasik Seremban yang terletak bersebelahan masjid. Aras ketiga adalah ruang solat tambahan yang terletak di setiap diameter dewan solat utama serta ruang legar di setiap sisi. Selain itu, sebuah menara terletak bersebelahan masjid.

Sembilan tiang masjid merupakan tarikan utama senibina masjid ini dari luar. Ia juga kelihatan cukup menarik pada waktu malam apabila setiap tiang ini dipancarkan lampu. Dinding dewan solat utama dipadankan dengan kaca dan kayu dan dewan solat utama ini dilengkapi dengan sistem penghawa dingin.

8. Masjid Negara, Kuala Lumpur

Masjid Negara ialah masjid utama di Malaysia, terletak di Kuala Lumpur. Masjid ini dibina pada tahun 1963 dan dirasmikan pada 27 Ogos 1965. Masjid ini boleh menampung seramai 15,000 orang jemaah.

Salah satu elemen masjid yang paling ketara ialah bumbung berbentuk payung, berusuk dengan lapan belas penjuru melambangkan tiga belas negeri Malaysia dan lima tiang asas Islam. Satu lagi perincian seni bina yang menonjolkan Masjid Negara daripada latar belakang landskap bandar Kuala Lumpur ialah menara setinggi 73 meter yang elegan.

Selain dewan utamanya yang dihias mewah dengan tingkap kaca berwarna dan candelier yang besar, terdapat taman-taman yang indah dengan air pancut dasar marmar putih dan kolam mengelilingi masjid di luar. Masjid Negara adalah cetusan idea arkitek Howard Ashley dari Scotland, Hisham Albakri dan Baharuddin Kasim dari Malaysia.

Banyak juga ya masjid besar yang tak ada kubah kat Malaysia ni.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via googleapis.com

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: