seismik

Konflik Hafiz Hamidun Dan Joy Revfa Bukti Betapa Pentingnya Daftar Nikah Dan Cerai

Kahwin kena daftar, cerai pun kena daftar.

Cover image via Facebook

Pergolakan hubungan Hafiz Hamidun dan Joy Revfa tidak disangkal lagi merupakan isu yang terhangat dibincangkan masa kini selepas Prince Mateen

Image via iniblogsaya.com

Rakyat Malaysia digemparkan dengan berita pasangan ini memohon bubar nikah tempoh hari selepas hanya 3 bulan setengah berkahwin.

Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin, 30, dan Hafiz Hamidun, 33, selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis sederhana di Dewan Masjid Negeri Shah Alam pada 1 Mei 2017.

Isu ini begitu besar sehingga mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk para mufti dan pegawai agama.

Semuanya berpunca daripada kegagalan mengemukakan sijil cerai.

"Bekas suami Joy, Ray Imran mengemukakan surat pengakuan menyatakan dia sudah bercerai dengan wanita itu kepada Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling.

"Dengan niat suci dan tanpa prejudis, oleh kerana ada pengakuan bekas suami Joy yang dia sudah bercerai, PAID Petaling membenarkan pernikahan itu.

"Tetapi sijil nikah (Hafiz Hamidun dan Joy Revfa) tidak dikeluarkan selagi tiada surat cerai dari Songkhla, Thailand. Joy berjanji akan mengemukakan sijil cerai selepas pernikahan.

"Bagaimanapun, apabila mereka pergi ke pejabat agama Islam di Songkhla, sijil perceraian tidak dapat dikeluarkan. Ini kerana pihak yang membuat permohonan adalah Joy, bukannya bekas suami," jelas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim kepada Berita Harian.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim.

Image via bharian.com.my

Jadi, terbukti di sini betapa pentingnya pendaftaran pernikahan dan perceraian bagi memastikan sesuatu perkahwinan itu sah di sisi undang-undang

Image via ismaweb.net

Pensyarah Undang-undang Keluarga Islam dan Undang-undang Keluarga Sivil dari UIAM, Profesor Madya Dr. Noraini Md Hashim turut berkongsi pandangan mengenai isu rumit ini melalui satu status panjang di FB.

Menurutnya, walaupun tiada ayat Al-Quran atau hadith jelas menyatakan wajib atau sunat mendaftar sesebuah perkahwinan, namun demi maslahah terutama menjaga kebajikan wanita dan anak-anak, pendaftaran adalah diwajibkan di bawah Akta dan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia.

Baca status penuh beliau di bawah:

Khas bagi mereka yang kurang jelas tentang kes Hafiz Hamidun dan Joy @ Siti Arifah Mohd Amin.

Kes HH dan SA, patut membuka mata masyarakat tentang kepentingan PENDAFTARAN perkahwinan dan perceraian bila ia berlaku. Benar, tiada ayat quran atau hadith jelas menyatakan wajib atau sunnat mendaftar sesebuah perkahwinan namun demi maslahah terutama menjaga kebajikan terutama wanita dan anak2, maka pendaftaran diwajibkan di bawah Akta dan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia.

Telah timbul kekalutan di awal-awal kes ini bila perkahwinan terdahulu Joy adalah tanpa keizinan mahkamah syariah iaitu di Songhkla bersama bekas suami terdahulu, Datuk Roy Imran. Sekurang-kurangnya, bila telah kembali semula ke Malaysia, dia sepatutnya mendaftarkan perkahwinan tersebut, yang mana akan memudahkan urusan pernikahan itu supaya akan ada pembuktian perkahwinan secara hitam putih (documented). Masalahnya, pendaftaran perkahwinan tidak dibuat. Bila telah timbul masalah rumahtangga sebagai contoh didera, atau tidak diberi nafkah atau tidak ada keserasian dan lain-lain, sememangnya akan timbul kesusahan dan masalah di mana mahkamah tiada bidang kuasa untuk mendengar kes tersebut.

Image via fbcdn.net

Dalam kes ini, Joy menyatakan dia telah berpisah (separated and not divorce) dengan bekas suami lebih kurang 2 tahun dan kemudian ingin berkahwin dengan HH. Kemudian selepas berkahwin dengan HH, baru memohon taaliq. Taaliq pula akan sempurna bila mahkamah syariah mengesahkannya. Setelah itu barulah Joy boleh menyempurnakan Iddah. Di peringkat inilah timbul masalah utama di mana antara maklumat untuk berkahwin yang perlu dinyatakan adalah status perkahwinan. Dan rentetan dari situ, macam-macam masalah dan andaian timbul.

Image via fbcdn.net

Secara ringkasnya:

Perkahwinan di Malaysia mesti mematuhi dua (2) syarat:
1. Di bawah hukum syarak - wajib atau perkahwinan menjadi tidak sah.
2. Di bawah peruntukan Akta Wilayah Persekutuan atau Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri - kegagalan memenuhi peruntukan menyebabkan perkahwinan atau perceraian atau rujuk tidak akan DIDAFTAR dan akan dikenakan penalti-penalti tertentu.

Yang paling penting, perkahwinan hendaklah DIDAFTAR untuk membolehkan mahkamah syariah mempunyai bidangkuasa untuk mendengar, memerintah, dan membantu pihak-pihak terlibat terutamanya wanita dan anak-anak.

Image via says.com

Antara isu-isu dalam kes HH dan SAMA:

1. Perkahwinan diakad di luar Malaysia tanpa keizinan dan tidak DIDAFTAR.
2. Taaliq oleh suami dalam bentuk taaliq (tersurat) iaitu secara WhatsApp (bertulis) yang memerlukan niat untuk membuktikan kesahihannya, taaliq tidak akan berlaku sehingga Mahkamah Syariah mengesahkannya.
3. Adakah perceraian terdahulu telah DIDAFTAR.
4. Sekiranya dia seorang janda, perlu mengemukakan satu surat perakuan cerai yang sah yang dikeluarkan di bawah undang-undang yang berkuatkuasa ketika itu.
5. Due deligence oleh pejabat agama iaitu langkah-langkah patut (reasonable steps) diambil bagi memastikan tidak ada pihak yang akan terjejas.

Image via Berita Harian

Kesimpulannyanya:

1. Jangan kahwin tergesa-gesa.
2. Pastikan syarat-syarat nikah mengikut hukum syara' dipenuhi juga mengikut undang-undang yang sedia termaktub.
3. Perceraian juga sama juga seperti di atas.
4. Yang tidak ada ilmu, jangan tokok tambah dan menjadi hakim tanpa tauliah.
5. Jangan jadikan sosial media untuk mengaibkan pasangan masing-masing.

By the way, it really bothers me, why the Islamic Religious Office given the permission to marry
- pending her certificate of divorce.
- her status as "tidak berkahwin"
- photoshoot wedding picture with her 3 years old child

Wallahu a'lam. Ini adalah pandangan peribadi dan akademik.

Noraini Md Hashim, Asst Prof. Dr
Pensyarah Undang-undang Keluarga Islam dan Undang-undang Keluarga Sivil
Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca kes penuh DI SINI:

You may be interested in: