Isu Pernikahan Tidak Sah, Pengarah JAIS Terangkan Kronologi Sebenar
Kalau surat cerai berkuat kuasa pada 2015 mungkin kes ini tidak menjadi isu.
Cover image via SAYSIsu pernikahan pasangan kontroversi, penyanyi Hafiz Hamidun dan Joy Revfa diibaratkan tiada penghujung selepas satu demi satu isu dibangkitkan oleh pasangan itu sejak 2 minggu lalu
Seperti yang sedia maklum, baru-baru ini, pasangan ini membuat keputusan untuk [bubar nikah](http://says.com/my/seismik/tak-sampai-4-bulan-kahwin-hafiz-hamidun-dan-joy-revfa-mohon-bubar-nikah).
Permohonan pembubaran nikah telah dibuat oleh Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin, 30, di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada Isnin lalu didorong tindakan suaminya yang meragui pernikahan mereka.
Image via pinimg.com
Bagaimanapun, menurut laporan BH Online semalam, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim berkata pernikahan tersebut adalah sah
**Jadi bagaimanakah isu ini boleh timbul?**
Beliau berkata isu itu bagaimanapun timbul apabila bekas suami Joy, Ray Imran, tidak mengemukakan sijil cerai dari pejabat agama Islam di Songkhla.
Image via TV14
Menurut beliau lagi, mungkin mendapat nasihat daripada pejabat agama di Songkhla, Joy mendaftarkan permohonan cerai taklik yang berkuat kuasa pada tarikh ia dikemukakan iaitu pada 13 Julai lalu
"PAID Petaling sudah menasihatkan bekas suami Joy mendapatkan surat cerai dari Songkhla. Apa yang menyebabkan Hafiz tidak berpuas hati adalah surat cerai taklik bertarikh 13 Julai.
"Kalau surat cerai berkuat kuasa pada 2015 mungkin kes ini tidak menjadi isu. Apa pun yang penting, bekas suami Joy sudah mengaku yang dia memang sudah menceraikan wanita itu," katanya sambil menambah jika Ray yang mendaftarkan perceraian di Songkhla, tarikhnya adalah mengikut hari beliau melafazkan talak iaitu pada 2015.
Namun Haris akui, sekiranya mengikut prosedur, dalam situasi ini surat cerai perlu dikemukakan sebelum pasangan bernikah.
Tetapi pendaftar berpuas hati dengan dokumen yang dikemukakan dan berniat baik, selain bekas suami Joy sendiri memberi kerjasama yang baik.
Image via utaranews.com
Lega dengan keterangan pengarah JAIS, Joy Revfa semalam telah memuat naik gambar di akaun Instagramnya dengan caption panjang yang menceritakan apa yang berlaku
Image via Instagram @joyrevfa
Isu pernikahan mereka ini juga mendapat perhatian daripada Imam Besar, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya iaitu Ustaz Hazaruddin Baharuddin
Seperti yang dilaporkan [mStar](http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/08/24/hafiz-hamidun-ustaz/) semalam, beliau berkata, mengambil tindakan apabila perkahwinan berkenaan sudah separuh jalan adalah tidak wajar.
"Faraq bermaksud perkahwinan yang dibubarkan melalui talak atau selain daripadanya, namun dalam sistem perundangan Islam di Malaysia, faraq merujuk kepada pembubaran bukan melalui talak.
"Faraq hanya diputuskan oleh mahkamah apabila terbukti sesuatu perkahwinan tidak sah, apa yang dimaksudkan tidak sah ialah hilang salah satu syarat sah nikah.
"Dalam kes Hafiz Hamidun, dia seharusnya mengambil tindakan itu sejurus selepas timbul rasa was-was terhadap perkahwinan bukan sudah separuh jalan sehingga timbul pertikaian baru nak bertindak," ujarnya.
Image via azhan.co

