Tersepit Di Pagar Automatik, ‘Gate’ Mungkin Akan Lumpuh Selama-Lamanya
"Menurut doktor, peluang untuk 'Gate' pulih amat rendah kerana ia melibatkan tulang belakang" – Md Nazry Md Nassir
Cover image via MetroAkibat tersepit di antara pintu pagar rumah automatik, 30 Januari lalu, seekor kucing dinamakan 'Gate' berdepan risiko lumpuh kedua-dua kaki belakang
Rakaman video menyelamat kucing tersebut menjadi viral di laman sosial setelah dimuat naik olah seorang pengguna Facebook, Md Nazry Md Nassir, 33 pada 2 hari lalu.
Kejadian berlaku dalam jam kira-kira 3 petang di Taman Sri Baiduri, Seksyen 9, Shah Alam.
Video yang tersebar luas itu benar-benar menyayat hati sesiapa saja yang menontonnya kerana kucing terbiar dianggarkan berusia lebih setahun itu dipercayai tersepit antara ruang 2.5 sentimeter (cm) selama dua jam.
Image via Metro
Dalam laporan Metro semalam, Md Nazry memberitahu, dia takut melihat kucing itu yang dalam keadaan separuh mati
Operasi menyelamat mengambil masa hampir 45 minit dan kucing itu segera dibawa ke Hospital Veterinar Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk rawatan lanjut.
Image via Metro
Menurut doktor, peluang untuk 'Gate' pulih amat rendah kerana ia melibatkan tulang belakang dan doktor memberi ubat untuk merawat bengkak
Md Nazry berkata pihak hospital masih belum dapat buat imbasan X lagi kerana mesin di UPM rosak dan tempat lain masih tutup kerana cuti umum. Md Nazry yang juga memiliki lima ekor kucing berkata buat sementara ini, dia akan memelihara 'Gate' sehingga kucing itu sembuh.
Image via Nazry B Nassir/Facebook
Bagaimanapun, pagi tadi Md Nazry melalui akaun Facebook miliknya memberitahu bahawa sesuatu yang mengejutkan telah berlaku kepada 'Gate'
Image via Nazry B Nassir/Facebook

