seismik

Lelaki Ini Sanggup Bunuh Bapa Sendiri, Selepas Berang Ditegur Leka Bermain Telefon

Suspek cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap 20 minit kemudian.

Cover image via Tilt Report & Berita Harian

Berang ditegur leka bermain telefon, seorang anak sanggup membunuh bapanya dengan pisau di rumah di Simpang Pertang, Jelebu, Negeri Sembilan hari ini

Menurut sumber, mangsa dikenali sebagai Tan Yin Fah, 59, maut di tempat kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi susulan tikaman di bahagian hadapan dan belakang badannya.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Maslan Udin, berkata kejadian itu dipercayai bermula dengan tindakan Yin Fah menegur anak lelakinya yang berusia 35 tahun kerana kerap bermain telefon.

"Susulan teguran itu, berlaku pertengkaran mulut antara kedua beranak berkenaan.

"Mangsa yang tidak puas hati dengan tindakan anaknya, dipercayai memukul belakang suspek dengan kerusi plastik sebelum suspek bertindak menikam mangsa dengan pisau," katanya.

Anggota polis tiba dilokasi kejadian pembunuhan di Simpang Pertang.

Image via Berita Harian

Suspek cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap 20 minit kemudian sebaik kejadian dimaklumkan kepada polis oleh jiran

Difahamkan, ibu mangsa berusia 85 turut tinggal bersama mangsa di rumah berkenaan. Namun, ketika kejadian berlaku ibu mangsa tiada di rumah.

Jelas Maslan lagi, pihak polis masih menjalankan siasatan dan motif kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu jiran mangsa berkata, suspek sebelum ini bekerja di luar Negeri Sembilan tetapi kembali menetap bersama bapanya sejak Mac tahun ini dan kedua beranak itu kerap bertengkar.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: