[VIDEO] Comel Betul Mat Salleh Ni Makan Nasi Lemak Pakai Tangan & Buat 'Review' Dalam BM

"Maaf kalau cara saya makan dengan tangan tak betul."

  • Serius, jarang-jarang sekali kita dapat tengok Mat Salleh makan pakai tangan, lagi-lagi bila makan nasi berlauk

    • Selalunya Mat Salleh mesti makan pakai sudu garpu kan? Mereka memang tidak dibesarkan dengan budaya makan pakai tangan. Jadi, lazimnya mereka akan berasa sangat janggal untuk makan menggunakan tangan mereka sendiri.

      Tetapi tidak bagi Rhys William dalam satu video viral berjudul 'Mat Salleh Makan Nasi Lemak'. Walaupun mengaku sedikit kekok, Rhys dengan selambanya menjamah hidangan sepinggan Nasi Lemak pakai tangan.

      says.com

  • Video tersebut yang dimuat naik di Facebook 'Destinasi TV' pada 13 Februari lalu telah mendapat lebih daripada 16,500 shares!

    • Apa yang uniknya dengan Rhys William ini ialah beliau begitu fasih bertutur dalam Bahasa Melayu. Sebelum ini terdapat juga beberapa video Rhys yang viral di media sosial kalau anda perasan.

      Destinasi yang dituju untuk video kali ini adalah kedai Nasi Lemak Wanjo di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Perniagaan Nasi Lemak yang telah lama diusahakan secara turun-temurun oleh ahli keluarga sejak tahun 1963 ini sememangnya sangat popular di Kampung Baru.

      says.com

    • Dari dulu lagi, kedai ini hanya menjual Nasi Lemak dan sehingga kini masih mengekalkan keaslian rasa dan mutu dalam setiap hidangan yang dihasilkan, walaupun telah beroperasi selama hampir 54 tahun.

      says.com

  • Siapa-siapa yang tengok video ni mesti akan terus rasa lapar. Boleh lihat sendiri dari riak wajah Rhys yang begitu berselera menjamah Nasi Lemak Wanjo yang power ni.

    • Mana taknya, Nasi Lemak Wanjo ini menghidangkan pelbagai aneka lauk-pauk untuk dimakan bersama Nasi Lemak seperti sotong, daging rendang, paru, dan macam-macam lagi.

      says.com

    • Dengan tekstur Nasi Lemak yang sempurna, ditambah pula dengan sambal merah menyala, diserikan lagi dengan ikan bilis rangup, rasa macam nak pergi ke Nasi Lemak Wanjo sekarang jugak!

      says.com

  • Seronok melihat gelagat Rhys William makan Nasi Lemak pakai tangan. Tak perlu cakap banyak, jom kita layan video di bawah:

    • Mat Salleh Makan Nasi Lemak?

      Mat Salleh ni suka gila Nasi Lemak!

      Dia claim inilah Nasi Lemak paling sedap dia pernah rasa! Kat mana? Kena lah tengok video ni. Kalau korang suka dan nak tengok lagi banyak, jangan lupa like dan share okay!

      Host: Rhys William
      Cameramen: Amydiamni Roslan Ahmad Zamri
      Editor: Ahmad Zamri
      Producer: Ezzat Roslan
      Location: Nasi Lemak Mak Wanjor

      Posted by Destinasi TV on Monday, February 13, 2017
    • Kredit: Destinasi TV

      says.com

  • Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

  • Jom kita layan video Bengan dan Afiatul pulak:

Leave a comment