Mayat Kanak-Kanak Lelaki Diawet Di Dalam Tong Ikan, Dibunuh Ibu Dan Teman Lelaki

Sungguh kejam!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro

KEJAM! Itulah hanya perkataan yang boleh kami gambarkan dengan kejadian kes bunuh seorang kanak-kanak yang dilaporkan Harian Metro pagi tadi

Kejadian berlaku di Flat Paya Nahu, Sungai Petani, Kedah yang mana mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun ditemui diawet dalam tong ikan.

Manakala kakaknya,4, kritikal dan dirawat di hospital selepas mereka dipercayai didera oleh ibu dan teman lelakinya.

Menurut **Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa**, pihaknya menerima maklumat awal kejadian pergaduhan di sebuah rumah di flat terbabit, jam 1.25 pagi tadi.

Image via Harian Metro

Sepasukan anggota polis tiba di lokasi jam 2 pagi tadi dan menemui seorang wanita berusia 26 tahun mengatakan anak perempuannya berusia empat tahun dipukul oleh teman lelaki

Mangsa telah dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk menerima rawatan lanjut.

Wanita dan teman lelakinya yang berusia 34 tahun itu telah ditahan pada jam 6 pagi tadi dan kedua-duanya didapati positif dadah amphetamine.

Image via Harian Metro

Lagi kes bunuh:

LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: