Kejam! Kepala Remaja Ditemui Dipotong, Tubuh Dikerat 10 Di Johor

Mangsa dipercayai telah dibunuh tiga hari yang lalu.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Kosmo!

Tubuh seorang remaja lelaki dipercayai berusia 19 tahun, dipotong kepada hampir 10 bahagian, dimasukkan ke dalam beg plastik sebelum disorok dalam pembetung saluran air longkang sebuah rumah di Kampung Kesang Laut, Muar malam tadi

Mangsa yang belum dikenalpasti identitinya itu, dipercayai telah dibunuh tiga hari yang lalu dan mayatnya dikerat-kerat termasuk kepala yang dipisahkan dari badan sebelum dimasukkan ke dalam lima beg plastik.

Motif pembunuhan masih disiasat. Namun, pihak polis mengandaikan ia kemungkinan cemburu berebutkan wanita seperti dalam pembunuhan kejam kes Mona Fandey pada 1993, yang memotong mayat Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Pahang, Datuk Mazlan Idris, kepada 18 bahagian.

Image via Harian Metro

Menurut Ketua Polis Daerah Tangkak Superintendan Mohad Idris Samsuri, pemilik rumah itu terhidu bau busuk ketika membersihkan rumahnya sebelum menemui pergelangan kaki lalu menghubungi polis

Setakat ini, polis telah menahan seorang individu berusia 20 tahun yang tinggal di sebuah rumah berhampiran tempat kejadian bagi membantu siasatan dan tiada jenayah lampau direkodkan.

Katanya lagi, semua anggota badan itu dihantar ke Hospital Tangkak dan suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta tampil bagi membantu siasatan.

Ikuti perkembangan kes ini di SAYS

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi kes bunuh sebelum ini:

You may be interested in: