'Mission Impossible' Terlaksana, 13 Kanak-Kanak Dan Jurulatih Berjaya Diselamatkan

Misi mustahil bertukar kepada misi tercapai.

  • Setelah lebih dua minggu, kesemua 13 kanak-kanak termasuk jurulatih pasukan bola yang terkandas di dalam gua di Thailand telah berjaya diselamatkan

      • Empat tentera laut Thai yang terakhir keluar dari gua Tham Luang selepas misi menyelamat berjaya.
    • Beberapa hari lalu, segalanya tampak mustahil. Dua belas kanak-kanak dan seorang jurulatih terperangkap di dalam gua yang banjir teruk, bekalan oksigen semakin berkurang, dan hujan lebat pula bakal menimpa.

      Menjelang hari Selasa 10 Julai, seluruh dunia bersorak gembira apabila misi menyelamat kesemua 13 mangsa telah berjaya dilaksanakan. Ia adalah satu usaha berani, sukar, dan luar biasa untuk digambarkan.

  • "Dunia tidak akan melupakan misi menyelamat ini," tulis satu kenyataan di Facebook Thai NavySEAL

    • "Kami tidak pasti sama ada ini adalah satu keajaiban, sains, atau perkara lain. Kesemua tiga belas orang kini telah keluar dari gua.

      "Operasi menyelamat telah selesai malam tadi. Kami amat menghargai bantuan hebat dari semua pasukan - penyelam dari seluruh dunia, pasukan perubatan, beberapa bekas anggota SEAL, pasukan sokongan, Kruba Boonchum dan pasukan rohani lain, pasukan tukang masak yang hebat, pasukan pengisian oksigen, pasukan pengurusan air, pasukan tenaga elektrik, pasukan pendakian gunung, penduduk Mae Sai, dan semua orang dari setiap pelosok dunia.

      "Hari ini, semangat kemanusiaan sedang bekerja. Dunia tidak akan melupakan misi menyelamat ini," tulis Thai NavySEAL.

  • Kesemua mereka dikuarantin daripada ibu bapa mereka bagi mengelakkan risiko jangkitan dan mungkin dijaga di hospital selama seminggu untuk menjalani ujian

    • Sumber mendedahkan bahawa lapan orang pertama yang diselamatkan menderita demam, batuk ringan, dan kadar jantung rendah. Sekurang-kurangnya dua orang mungkin mengalami jangkitan paru-paru yang dikenali sebagai "penyakit gua."

      "Mereka sangat lapar dan ingin makan pelbagai jenis makanan, tetapi pada tahap ini kami memberi makanan yang mudah hadam," kata Dr Jesada Chokedamrongsuk, sambil menambah, "Mereka meminta roti dengan coklat, yang kami fikir tidak membawa bahaya."

    • Jurulatih, Ekapol Chantawong, 25, adalah yang paling lemah ketika ditemui, kerana dia dilaporkan menolak untuk memakan sebarang makanan dan memberikannya kepada kanak-kanak tersebut.

  • Netizen dari seluruh dunia menzahirkan kegembiraan dan rasa syukur melalui media sosial.

    Tidak lupa juga pemain bola sepak ternama seperti Robert Lewandowski, Paul Pogba, Frank Lampard, dan David Beckham yang turut mengucapkan tahniah.

  • Para tentera, sukarelawan, pasukan penyelamat, dan semua yang terlibat telah berikan segalanya dalam misi ini. Huge respect!

  • LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

  • Macam mana mereka boleh terperangkap? BACA SINI:

Most-read stories today

Leave a comment