8 Perkara Mengujakan Tentang Movie Animation Park Studios, Perak Yang Wajib Diketahui
Okay plan cuti sekarang, kita pergi sama-sama nanti!
1. Taman Tema Animasi Pertama Asia
Buat pengetahuan anda, Movie Animation Park Studios (MAPS) adalah merupakan taman tema animasi pertama di asia. Kita seharusnya berasa gembira dan teruja, kerana kita adalah negara pertama yang mempunyai taman tema seperti ini.
2. Lokasi yang strategik
Taman tema yang terletak di Meru Raya, Perak ini sangat strategik kerana berhampiran dengan Plaza Tol Jelapang dan hanya mengambil tiga minit masa perjalanan dari terminal Ipoh Sentral. Manakala hanya 20 minit dari lapangan terbang serta stesen keretapi.
3. Dibina dengan kos sebanyak RM450 juta
Menurut laporan Sinar Harian, fasa pertama taman tema yang dibangunkan oleh Animation Theme Park Sdn Bhd itu membabitkan pelaburan sebanyak RM450 juta.
4. 40 daya tarikan kepada pengunjung
Di sini terdapat 40 daya tarikan buat pengunjung termasuk 23 jenis pertunjukan, 18 theme dining dan retail outlets di enam zon bertema.
5. Menampilkan watak animasi dalam DreamWorks Adventure Zone
DreamWorks Adventure Zone yang menampil karakter animasi popular seperti Mr Peabody and Sherman, Megamind, The Croods serta Casper the Friendly Ghost.
6. Tarikan animasi Smurf live pertama di Asia
Tarikan animasi Smurf termasuk pertunjukan kostum karakter, live shows di ruang teater animasi dan persembahan Smurftastic yang turut memaparkan efek istimewa CGI.
7. The Home of BoBoiBoy
Pengunjung berpeluang melawat Home of BoBoiBoy, yang mengetengahkan BoBoiBoy 4D Adventure, BoBoiBoy Hero Academy, Tok Aba Kokotiam dan pelbagai lagi.
8. Menara terjun tertinggi di Malaysia, ‘Megamind Megadrop’
Bagi anda yang agak berani, rasailah pengalaman yang mengujakan dengan mencuba Megamind Megadrop iaitu menara terjun tertinggi di Malaysia.
BONUS: Buat pengunjung anda juga boleh merasai pengalaman menjamu selera serta berbelanja di ruang yang direka khas untuk para peminat angkasa.
Untuk maklumat lanjut, sila layari:
Facebook: Movie Animation Park Studios
Laman web: www.mapsperak.com
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!