seismik

Dah Tengok Hotel 6 Bintang Dato’ Seri Vida? Siap Ada 'Mall', Masjid, Dan Taman Tema!

Kalau ada duit semua benda boleh buat.

Cover image via BERNAMA

Sejak akhir-akhir ini, nama Dr Vida sering menjadi bualan apabila beliau menjadi penaja utama untuk pasukan bola sepak Kelantan

Pelbagai hasrat yang telah disuarakan oleh usahawan berjaya tersebut sehinggalah baru-baru ini beliau bercadang untuk membina sebuah hotel bertaraf 6 bintang yang bernilai RM280 juta.

Dr Vida atau nama sebenarnya, Dato' Seri Dr Hasmiza Othman memberitahu bahawa hotel itu merupakan usaha beliau menjadikan pasukan bola sepak Kelantan lebih maju dari segi kemudahan setanding kelab bola sepak Eropah.

Hotel 6 bintang tersebut diberi nama Hotel Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) dan dijangka siap dalam tempoh 2 tahun

Beliau berkata, Hotel PQPTRW 19 tingkat yang akan dibina di tanah seluas 0.7 hektar berhampiran papan skor Stadium Sultan Muhammad IV itu mampu memberi wajah baru untuk Kelantan.

bharian.com.my
Image via BERNAMA

Dr Vida berkata hotel tersebut juga memberi peluang kepada mereka yang menginap di hotel terutama peminat bola sepak Kelantan untuk menyaksikan perlawanan terus dari bilik.

sinarharian.com.my

Tambahan lagi, hotel tersebut berkonsepkan Islamik kontemporari dan turut dilengkapi kompleks sukan yang menyediakan kemudahan permainan boling, tenis dan golf selain masjid serta kafe

Menurut Dr Vida bahagian bawah hotel berkenaan akan dijadikan kompleks sukan yang menyediakan tempat permainan boling, padang tenis, latihan pukulan golf dan lain-lain lagi. Oleh itu, ibu bapa tidak perlu risau sekiranya anak mereka perlu hadir perlawanan di Kelantan kerana kemudahan tempat tinggal sudah tersedia.

"Selain itu, hotel itu juga menyediakan kafe sebagai ruang untuk peminat bola sepak menyaksikan perlawanan secara siaran langsung. Jadi mereka masih boleh menonton perlawanan beramai-ramai walaupun tidak sempat ke stadium," tambahnya lagi.

bharian.com.my
Image via BERNAMA

Beliau memberitahu lagi bahawa beliau mahu menggabungkan sebuah masjid dengan hotel berkenaan supaya membolehkan penyokong untuk menunaikan solat sebelum menyaksikan perlawanan.

Dalam pada itu, secara tidak langsung hotel tersebut akan menyediakan lebih 300 peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan

Dengan adanya kemudahan-kemudahan tersebut, ia membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat Kelantan sekaligus menjadi sebagai salah satu faktor penarik orang ramai yang berkunjung ke Kelantan.

Menariknya lagi, taman tema juga akan dibina di sekitar hotel berkenaan bagi membolehkan seisi keluarga beriadah di lokasi terbabit.

Image via BERNAMA

Sehubungan itu, ramai penduduk kelantan memberi respon baik terhadap hasrat Dr Vida ini

Berita itu disampaikan Dr Vida menerusi laman Instagram.

Rata-rata penduduk Kelantan sangat gembira dengan berita tersebut malah ada yang memberi cadangan dan pandangan masing-masing.

Orang Kelantan pasti rasa tak sabar kan?Bagaimanapun, kami ucapkan tahniah dan semoga berjaya pada Datuk Seri Vida!

Image via giphy.com

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Sebelum ini, banyak demand yang dibuat Dato' Seri Vida selaku Penaja Utama Pamoga Qu Puteh The Red Warriors. Baca selanjutnya di SINI:

Dah tengok harta Dato' Seri Vida belum? Klik SINI:

You may be interested in: