Dihalau Dari KLCC, Hanya Kerana Pakai Pakaian Tradisional Sarawak

"Sebagai anak Sarawak saya merasa ini adalah satu penghinaan kepada tradisi dan budaya masyarakat Sarawak." – Haslina Bujang.

Enlarge text
Cover ImageCover image via SAYS

Baru-baru ini viral di media sosial apabila seorang lelaki mendakwa sekumpulan penari kebudayaan dari Sarawak dihalau oleh pihak pengurusan KLCC hanya kerana mereka mahu mengambil gambar di taman bangunan tersebut

Pengguna Facebook, [Abam Supir](https://scontent.fkul8-1.fna.fbcdn.net/v/t1.0-9/18485931_10212430464938082_2552281218856876947_n.jpg?oh=dc2f3054667a9d2bd2abc6e9760682a2&oe=59775CFA), yang juga bertanggungjawab melayan kumpulan itu turut meluahkan rasa sedih dan hampa dengan apa yang berlaku serta kesal dengan tindakan pihak berkenaan.

Menurut Abam Supir, kumpulan penari itu datang bagi menghadiri satu pertandingan tarian kebudayaan yang diadakan di Angkasapuri.

Kemudian mereka mahu singgah ke taman KLCC untuk ambil gambar kenang-kenangan tetapi dihalau oleh Management Petronas dengan alasan pakaian tidak sesuai.

Kata Abam Supir, lagi mereka dihalau seolah-olah mereka melakukan satu kesalahan yang besar

"Mereka dihalau, seolah-olah memakai pakaian kebudayaan tersebut satu kesalahan. Bila ada pelancong yang mahu bergambar dengan mereka juga tidak dibenar. Yang lebih menguriskan perasaan apabila pihak berkenaan melemparkan kata-kata yang tidak sepatutnya," katanya.

**"Nak amek gambar sini, pergi balik hotel tukar baju dulu…"** – Itulah kata-kata yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan tersebut.

Oleh sebab terkesan dengan insiden tersebut, seorang pengguna Facebook Haslina Bujang telah memuat naik status laman sosial tersebut dan mempersoalkan tindakan yang pihak pengurusan KLCC

Bagaimanapun, insiden tersebut tidak dapat disahkan kesahihannya kerana post asal tersebut telah pun dibuang oleh Abam Supir

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Viral sebelum ini: